Pembayaran i-Sinar KWSP Bulan Mac Kategori 1 Bermula Hari Ini ~ Semak Akaun Anda Sekarang!

 


Berita baik bagi semua para pemohon i-Sinar kategori 1 kerana majoriti daripada mereka telah berkongsi tentang perasaan gembira mereka berikutan daripada pembayaran untuk bulan ini diawalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Mungkin ada daripada anda yang belum mengetahui berkenaan dengan pembayaran awal untuk bulan Februari dan bulan Mac ini untuk ahli i-Sinar kategori 1. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahu lebih lanjut berkaitan perkara ini. 


PEMBAYARAN BULAN FEBRUARI DAN MAC DIAWALKAN


Ramai daripada para pemohon telah sedia maklum bahawa jika sebelum ini kebiasaannya pembayaran i-Sinar KWSP kategori 1 akan dilakukan pada awal bulan sebagai contoh pada tanggal 3 Februari lalu. 


Seperti mana dengan i-Lestari, untuk pengetahuan anda pembayaran i-Sinar kategori 1 ini juga dilakukan awal bagi memberi ruang kelulusan tanpa syarat kepada para pemohon i-Sinar kategori 2. 


MENGAPA PEMBAYARAN BULAN MAC i-SINAR KATEGORI 1 DIAWALKAN?


Disebabkan kelulusan tanpa syarat bagi permohonan kategori 2 bermula pada 8 Mac, pihak KWSP telah bertindak dengan melakukan pembayaran awal bagi bulan Mac bagi para pemohon kategori 1. 


Tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan Mac bermula hari ini iaitu:

  • 22 Februari 2021 (Isnin)

Hal ini bermaksud para pemohon akan menerima 2 kali pembayaran i-Sinar iaitu pada bulan Februari dan pada bulan Mac.

Untuk pengetahuan anda, anda perlu faham bahawa cara pembayaran ini adalah mengikut kumpulan ataupun batch. Jika anda adalah merupakan penerimat untuk batch 1, maka anda akan menerima pembayaran bermula pada hari ini 22 Februari 2021 dan begitulah seterusnya mengikut kepada batch masing-masing. 

TAMBAHAN

Sekiranya pihak KWSP tidak melakukan sebarang perubahan bagi sistem pembayaran bagi i-Sinar kategori 1, dapat kita simpulkan bahawa pembayaran bulan April juga akan bermula pada 22 Mac bulan depan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848

Untuk pertanyaan umum, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web www.kwsp.gov.my

Post a Comment

0 Comments