Cara Mudah Tukar Kata Laluan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Untuk pengetahuan anda, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ingin memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh set semula atau menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat LHDNM.
Tindakan ini sekaligus pastinya akan memberikan kemudahan kepada para pemohon yang terlupa kata laluan mereka untuk menukarnya dengan kata laluan baharu. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.
CARA MUDAH TUKAR KATA LALUAN MyBPR
Cara untuk set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dilakukan dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Sila layari https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login dan klik Log Masuk
- Klik pada Terlupa Kata Laluan
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak. Pemohon perlu masukkan alamat emel yang telah didaftarkan
- Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan
- Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui emel yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.
- Bagi membantu pemohon melakukan proses ini, Panduan Pengguna Set Semula kata laluan boleh diakses di capaian pantas berikut Panduan Pengguna Set Semula Kata Laluan BPR 2021



- Hotline BPR di talian 1800-88-2747
- HASIL Live Chat dan
Post a Comment
0 Comments