Cara Mengemaskini No Telefon KWSP Online ~ Anda Wajib Tahu!

Kepada ahli KWSP yang belum mendaftar akaun KWSP online ataupun i-Akaun, pastikan anda mempunyai nombor telefon peribadi untuk memudahkan sebaran transaksi KWSP secara online. 


APLIKASI YANG DIPERLUKAN UNTUK KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP ONLINE

Beberapa aplikasi diperlukan untuk memudahkan urusan kemaskini nombor telefon secara online.

  • Adobe Acrobat - digunakan untuk mengisi borang permohonan i-Akaun KWSP secara online dengan menggunakan telefon pintar atau komputer.
  • Google Drive - digunakan untuk menyimpan segala dokumen bagi tujuan kemaskini nombor telefon.
  • Gmail - digunakan untuk menghantar borang permohonan anda beserta segala dokumen yang diminta dan diperlukan oleh KWSP.

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP

Berikut dikongsikan cara untuk mengemaskini nombor telefon KWSP secara online:-

  • Sila muat turun borang i-Akaun KWSP di  https://www.kwsp.gov.my/member/register
  • Isikan maklumat dengan lengkap dan betul pada borang yang disediakan.
  • Selepas selesai mengisi borang, simpan dokumen dengan format berikut: iakaundaftar_Borang_<NAMA ANDA>
  • Sediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Kemudian simpan dokumen tersebut dengan format berikut:  iakaundaftar_MyKad_<NAMA ANDA?>
  • Langkah seterusnya adalah dengan anda menangkap swafoto anda dengan memegang kad pengenalan bagi tujuan pengesahan oleh pihak KWSP.
  • Kemudian simpan swafoto anda dengan format berikut: iakaundaftar_Swafoto_<NAMA ANDA>
  • Seterusnya, sediakan juga penyata bank simpanan dan simpan dengan format berikut: iakauandaftar_Bank_<NAMA ANDA>
  • Setelah itu anda perlu memuat naik semua dokumen ke aplikasi Google Drive agar dokumen tidak hilang dan selamat disimpan.
  • Akhir sekali, emelkan semua dokumen yang telah dimuatnaik ke Google Drive tadi kepada emel rasmi KWSP iaitu iakaundaftar@epf.gov.my
  • Maka dengan itu, selesai lah sudah cara mengemaskini no telefon KWSP anda secara online.


Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda.

Post a Comment

0 Comments