ANIS 2021: Bantuan Anak OKU Sehingga RM5,000 ~ Permohonan Kini Dibuka!

Khusus untuk warga Selangor yang mempunya anak Orang Kurang Upaya (OKU), kini anda boleh memohon bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan peruntukan sebanyak RM3.25 juta.

BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)


ANIS merupakan bantuan untuk keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU berumur 18 tahun ke bawah bagi kegunaan kecemasan dengan bantuan one-off sebanyak RM5,000 setahun.

Ia juga bertujuan bagi mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang perlu ditanggung oleh penjaga anak OKU.

JENIS BANTUAN ANIS


Pemohon bantuan ANIS yang layak akan menerima empat jenis bantuan iaitu
  • Makanan dan keperluan tambahan.
  • Pembelian atau pembaikan peralatan mesin.
  • Ubat-ubatan.
  • Pendidikan khas (terapi / kelas khas OKU).



SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ANIS


Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon bantuan ANIS:-
  • Ibu/bapa/penjaga tersebut mestilah lahir di Negeri Selangor atau bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor dengan minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).
  • Ibu/bapa/penjaga merupakan salah seorang pengundi di Negeri Selangor.
  • Permohonan hanya dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah sahaja.
  • Anak mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tiada Kad OKU).
  • Jika penjaga merupakan ibu bapa angkat, maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

CARA MEMOHON BANTUAN ANIS


Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan ANIS:-
  • Buka laman web http://www.anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php
  • Masukkan no. kad pengenalan pemohon dan no. kad pengenalan anak.
  • Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
  • Setelah selesai, cetak borang permohonan.
  • Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari.
  • Permohonan perlu dihantar kepada :
         Email: daftaranis@gmail.com; atau
         Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran; atau
         Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Berikut dinyatakan senarai dokumen yang perlu dihantar bersama-sama dengan borang permohonan:-

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar/Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa.
  • Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak (jika tiada kad OKU).
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran di Selangor.
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor).
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebut harga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran (tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU).
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR di https://pengundi.spr.gov.my/.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ANIS


Anda boleh membuat semakan permohonan sejurus selesai membuat permohonan di http://www.anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php

MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:-

Post a Comment

0 Comments