[RASMI] : Semakan Status LULUS / GAGAL Pengeluaran i-Sinar KWSP Kini Dibuka ~ Semak Sekarang!

 


Berita baik buat anda yang telah melakukan permohonan untuk melakukan pengeluaran i-Sinar KWSP RM10K, kini anda boleh melakukan semakan untuk permohonan yang telah anda lakukan. 


Melalui daripada semakan tersebut nanti, anda semua bakal mengetahui keputusan terhadap permohonan anda sama ada ianya LULUS ataupun GAGAL. Hal ini sangat penting kerana ianya adalah bertujuan untuk memastikan bahawa segala permohonan yang telah anda lakukan adalah BERJAYA dan anda hanya perlu menunggu sahaja duit i-Sinar tersebut masuk ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan semasa melakukan permohonan dahulu. 


Tetapi, jika permohonan yang anda lakukan TIDAK BERJAYA, anda boleh melakukan permohonan baharu kerana tempoh bagi melakukan permohonan i-Sinar adalah selama 6 bulan.


SEMAK STATUS PERMOHONAN i-SINAR GUNA i-AKAUN


Berikut adalah merupakan cara yang sangat sesuai digunakan bagi mereka yang ingin melakukan semakan status permohonan i-Sinar menggunakan i-Akaun: 

  1. Pastikan anda telah mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password
  2. Sila lihat pada bahagian "withdrawal", anda boleh mengetahui sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada "payment-date"


SEMAKAN MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP


Untuk cara semakan ini pula, ianya amat sesuai bagi para pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang menggunakan sistem i-Sinar online pula boleh disemak pada portal tersebut dan akan dipaparkan status permohonan ahli.


CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR


1. Layari portal rasmi i-Sinar melalui https://isinar.kwsp.gov.my/


2. Sila masukkan nombor kad pengenalan MyKad / MyPR


3. Masukkan nombor telefon bimbit


4. Tekan butang SEMAK STATUS


5. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL


SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP


Bagi anda yang LULUS permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada pihak KWSP.


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments