[RASMI] : Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Dibuka Bermula 11 Januari 2021 ~ Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui



Untuk pengetahuan anda semua, tarikh bagi permohonan i-Sinar KWSP kategori 2 akan bermula pada 11 Januari 2021. Bagi makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan ahli serta para pencarumnya untuk melakukan pengeluaran daripada akaun-1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web rasmi i-Sinar. 


Berikut adalah merupakan maklumat yang perlu anda ketahui sebelum anda melakukan sebarang permohonan untuk kategori permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 2. Semoga bermanfaat.


TARIKH MOHON i-SINAR KWSP


Bagi anda yang tergolong di dalam kategori 1, anda boleh mula melakukan permohonan bermula pada 21 Disember 2020 manakal bagi kategori 2 pulan, anda boleh mula melakukan permohonan secara atas talian (online) bermula pada 11 Januari 2021 dengan menyediakan segala dokumen sokongan yang perlu anda sertakan semasa anda melakukan permohonan. 


SYARAT KELAYAKAN 


Syarat kelayakan bagi melakukan permohonan i-Sinar KWSP kategori 2 ini adalah mereka ahli yang belum mencapai umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) bermula daripada 1 Mac 2020.


CARA MEMOHON 


  1. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan secara online bermula pada 11 Januari 2021 melalui laman web rasmi i-Sinar KWSP - klik DI SINI
  2. Ambil gambar melalui handphone sahaja pun boleh namun sila pastikan bahawa gambar tersebut terang dan boleh di baca.
  3. Sila posisikan kamera telefon anda betul-betul di atas dokumen yang hendak anda imbas.
  4. Pastikan anda mengambil gambar di tempat yang terang ataupun menggunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar yang anda ambil adalah jelas.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan


KAEDAH BAYARAN

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dilakukan bermula pada pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada para pencarum dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas keluusan diberi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

Post a Comment

0 Comments