[RASMI] : Permohonan Bantuan Internet RM100 Untuk Setiap Pelajar Sekolah ~ Mohon Sekarang! - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, January 4, 2021

[RASMI] : Permohonan Bantuan Internet RM100 Untuk Setiap Pelajar Sekolah ~ Mohon Sekarang!



Untuk makluman semua, pihak kerajaan negeri Perak telah mengumumkan tentang pemberian Bantuan Internet RM100 setiap seorang bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE). 


Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar ini mendapatkan capaian internet yang baik dan sebagai persediaan apabila proses pembelajaran dilakukan secara online daripada rumah. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang anda perlu patuhi untuk mendapatkan bantuan tersebut:

  • Calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
  • Calon pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020
  • Calon pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020

CARA MEMOHON

Bagi calon pelajar dari sekolah / institusi di negeri Perak, anda tidak perlu melakukan permohonan kerana ianya akan disalurkan secara automatik melalui pihak PIBG sekolah masing-masing. 

Manakala bagi calon persendirian, anda dikehendaki untuk melakukan permohonan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak beserta dengan dokumen seperti di bawah berikut: 
  1. Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah merupakan calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020. 
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan akaun bank (yang menyatakan nama pemilik amaun) 

Sila hantarkan segala permohonan anda sebelum atau pada 15 Januari 2021 (Jumaat). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan bantuan, anda boleh terus menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 052095083 / 5024 / 5027/ 5822 / 5829




1 comment:

  1. Maaf saya ingin bertanya,kalau macam saya telah diberhentikan oleh pihak sekolah, ujian pt3 saya tak ambil jadi bagaimana cara saya ingin mendaftar untuk menduduki ujian spm saya masih lagi berumur 17 dan 4.3.2021 baru genap 18 tahun tolong bantu saya

    ReplyDelete