[RASMI] : Kerajaan Lancar Pakej Bantuan PERMAI Untuk Rakyat Malaysia Sehingga RM15 Bilion



Pihak kerajaan telah melancarkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bernilai sehingga RM15 bilion.


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pakej bantuan PERMAI ini adalah untuk menambah baik inisiatif yang sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. 


"Pihak kerajaan berulang kali membuktikan bahawa tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.


"Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi penularan wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelansungan perniagaan," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengumumkan pakej bantuan PERMAI pada hari ini. 


SENARAI BANTUAN PERMAI 2021


Berikut adalah merupakan antara senarai bantuan yang bakal disalurkan dalam Pakej Bantuan PERMAI 2021 kali ini:

  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawrkan oleh bank-bank seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.
  • JKM akan laksanakan Program Bakul Makanan bernilai RM100 untuk semua isi rumah yang berkelayakan.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan bermula pada 21 Januari 2021.
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain bermula pada suku tahun pertama tahun ini.
  • Mereka yang terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP adalah layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada para pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  • Kerajaan tambah lebih RM3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari dengan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.
  • Pemberian data percuma 1 gigabit kepada orang ramai termasuklah bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga bulan April.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments