[RASMI] : Cara Memohon PSU 3.0 Sebanyak RM600 Untuk Setiap Pekerja Yang Terjejas - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, January 20, 2021

[RASMI] : Cara Memohon PSU 3.0 Sebanyak RM600 Untuk Setiap Pekerja Yang Terjejas


 

Untuk makluman, antara intpati yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dalam perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat (PERMAI) adalah berkaitan dengan Program Subsidi Upah PSU3.0 iaitu bantuan khas kepada para pekerja sebanyak RM600.


Program Subsidi Upah 3.0 ini akan dikawal selia oleh pihak Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO). Untuk pengetahuan anda, program ini adalah bertujuan untuk membantu para pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sekaligus membantu untuk meringankan beban para majikan di dalam musim wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara kita ini. 


Seluruh lapisan masyarakat kini telah menyedari bahawa kesan daripada penularan wabak pandemik ini banyak memberikan tamparan serta kesan yang sangat mendalam kepada sektor ekonomi negara kita. Oleh itu, pelbagai jenis bantuan telah mula diumumkan dan disalurkan bagi mengekang daripada kemelesetan ekonomi yang sedang kita alami pada waktu ini semakin melarat. 


PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0


Untuk makluman, ketika perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini beliau telah memberitahu bahawa penambahbaikan terhadap Program Subsidi Upah bagi meringankan beban para majikan ekoran daripada penularan wabak pandemik yang akhirnya membawa kepada PKP dan Darurat sekarang ini. 


Semasa pembentangan Belanjawan 2021, PSU 3.0 ini hanya berfokus kepada sektor perlancongan dan peruncitan sahaja namun selepas pengunguman PERMAI baru-baru ini, PSU 3.0 akan lebih menyeluruh ke seluruh sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP 2.0.


PERMOHONAN ONLINE PSU 3.0


Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bantuan Program Subsidi Upah 3.0: 

  • Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/
  • Sila klik 'Permohonan & Semakan' di bahagian PSU
  • Sila klik butang 'Permohonan 3.0'
  • Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang 'Halaman Seterusnya'
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  • Muat naik segala dokumen sokongan
  • Setelah selesai, klik 'Hantar'

TEMPOH MEMOHON PSU 3.0 

Untuk makluman, pelaksanaan bagi Program Subsidi Upah 3.0 ini adalah selama 1 bulan kepada para majikan yang layak bermula pada 19 januari 2021.

Tarikh akhir permohonan yang boleh dibuat oleh pihak majikan adalah pada 30 Jun 2021.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:
  • Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan kebawah
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahunan 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Pihak majikan dan para pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  • Pihak majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021
  • Bagi pihak majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua para pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan kebawah. Pihak majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan para pekerja.

Semoga bermanfaat!

2 comments: