[RASMI] : Bayaran Pendahuluan RM1,000 Untuk Permohonan i-Sinar Kategori 2 Bermula 26 Januari Ini


 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melakukan pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar untuk kategori 2.


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa inisiatif tersebut adalah untuk menambah baik kemudahan i-Sinar terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada pengunguman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir yang sedang melanda negara kita pada masa ini. 


PERLU MEMENUHI KRITERIA YANG DITETAPKAN DAN HANTAR SECARA ONLINE


"Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar kategori 2 juga akan dipermudahkan kerana ahlinya hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan yang diperlukan secara dalam talian (online).


MUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN


"Pihak kerajaan juga turut meminta agar pihak KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini yang mana ianya akan bermula pada 26 Januari ini. 


MAKLUMAT LANJUT


Segala maklumat lanjut bakal diumumkan oleh pihak KWSP dalam masa yang terdekat ini menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan beliau pada hari ini semasa membentangkan Pakej Bantuan PERMAI. 


Sumber : Astroawani.com

Post a Comment

0 Comments