[RASMI] : Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Bernilai RM1,800 Untuk Setiap Keluarga ~ Mohon Sekarang!


 

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan telah dijenamakan semula dengan nama baharu yang mana sebelum ini ianya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).


Disebabkan perubahan nama tersebut, jumlah bantuan yang bakal diberikan juga turut diperbaharui. Bagi kategori isi rumah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diberikan sehinggan RM1,800 bagi setiap keluarga mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.


JUMLAH BANTUAN BPR 2021


Kategori 1 


1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Bantuan akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM1,100 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih. 

Kategori 2

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM2,001 hingga RM3,000
  • Bantuan yang berjumlah RM850 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM4,000
  • Bantuan berjumlah RM800 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih.

Kategori 3

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah antara RM3,001 hingga RM4,000.
  • Bantuan berjumlah RM600 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM5,000
  • Bantuan berjumlah RM500 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih

TARIKH PERMOHONAN BARU / KEMASKINI

Untuk setakat ini, pihak Kementerian Kewangan Malaysia belum ada lagi mengeluarkan mana-mana kenyataan rasmi berkaitan dengan tarikh permohonan baharu BPR atau tarikh kemaskini. 

Kemungkinan besar, kenyataan berkaitan bakal diumumkan setelah permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 selesai.

Post a Comment

4 Comments