[RASMI] : Bantuan 1 Keluarga 1 Laptop Untuk Keluarga Berpendapatan Kecil & Sederhana ~ Mohon Sekarang!

Umum mengetahui bahawa walaupun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merangkap ahli parlimen Muar tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan namun usaha murninya yang sentiasa komited dalam membantu rakyat harus diberikan pujian.
Dan untuk pengetahuan anda semua, program terbaru yang dilakukan oleh YB Syed Saddiq ini adalah beliau telah mengadakan sebuah program 1 Keluarga 1 Laptop untuk disumbangkan kepada mereka serta keluarga yang memerlukan.
APA ITU BANTUAN 1 KELUARGA 1 LAPTOP?
Bantuan 1 Keluarga 1 Laptop adalah merupakan sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh YB Syed Saddiq yang mana sentiasa peka dengan keperluan serta kepentingan komputer riba yang mana sangat diperlukan untuk kegunaan para pelajar masa kini.
Untuk pengetahuan anda, sehingga kini lebih 100 orang pelajar di kawasan parlimen Muar telahpun menerima sumbangan komputer riba secara percuma ini. Penerima untuk bantuan komputer riba secara percuma ini terdiri daripada penduduk Muar yang mana terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana serta menerima tawaran melanjutkan pelajaran.
Bagi mereka yang bukan orang Muar, anda boleh memohon bantuan ini daripada pihak kerajaan dengan klik DI SINI.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang harus anda patuhi sebelum anda melakukan permohonan bagi bantuan ini:
- Para pelajar yang bakal memasuki IPT
- Jumlah pendapatan isi rumah <RM1,500
- Berasal dari Parlimen Muar

- Sumbangan RM2,000 bagi sebuah laptop
- Sumbangan dalam bentuk barangan (in-kind)
- Sumbangan laptop terpakai
Post a Comment
2 Comments
Saya ade pelajaran dua anak satu darja 4 satu darja 3 Susa pelajar
ReplyDeleteSuamisatu orang shj kerja telifon satu shj tapi dua orang anak pelajar tolong kita
ReplyDelete