Permohonan i-Sinar Tidak Diluluskan? Ini Penjelasan Daripada Pihak KWSP Yang Perlu Anda Ketahui



Untuk makluman, setakat 4 Januari 2021 pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta sejak permohonan di bawah kategori-1 telah dibuka bermula pada 21 Disember 2020. 


Jumlah pengeluaran yang telah diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion dengan pembayaran pada bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang telah dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021. Daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan, terdapat segelintir permohonan yang TIDAK DILULUSKAN bagi kategori-1 atas beberapa faktor.


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui mengapa terdapat segelintir permohonan yang TIDAK DILULUSKAN.


PERMOHONAN BELUM DILULUSKAN


Pihak KWSP sudah sedia maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan masih lagi BELUM DILULUSKAN. Untuk makluman, golongan ini bukan bermakna anda tidak boleh memohon i-Sinar tetapi anda hanya tidak lulus bagi permohonan kategori 1.

  • Anda masih boleh memohon i-Sinar dalam kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari 2021.
  • Sila pastikan bahawa anda telah menyediakan segala dokumen berkaitan yang perlu dimuat naik di i-Sinar online.

Bagi permohonan yang belum diluluskan, anda TIDAK PERLU untuk membuat sebarang permohonan baru nanti. Anda hanya diminta untuk memuat naik dokumen sokongan di laman semakan.

PUNCA PERMOHONAN TIDAK DILULUSKAN

Untuk pengetahuan anda, daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan yang telah diterima sebanyak 701 permohonan yang tidak dapat diluluskan atas beberapa faktor seperti berikut:
  • Perbezaan nombor akaun bank
  • Permohonan yang dibuat untuk ahli yang telah meninggal dunia
  • Ahli telah pun berumur 55 tahun dan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka
  • Tidak memenuhi kriteria kelayakan

Selain itu, pihak KWSP turut memberikan jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek kesalamatan telah diambil bagi mengelakkan gangguan daripada pihak ketiga ataupun scammer yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan paslu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli. 

Pihak KWSP turut menasihatkan agar semua ahli tidak berkongsi gambar ataupun segala dokumen yang berkaitan dengan permohonan i-Sinar mereka di dalam media sosial kerana perbuatan tersebut boleh mendedahkan mereka kepada penipuan dan aktiviti scam.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments