Pembayaran i-Sinar Interim RM1,000 Kategori 2 Dibuka Bermula Hari Ini ~ Semak Di Sini



Berita baik buat anda semua yang ada melakukan permohonan i-Sinar kategori 2 kerana bermula hari ini iaitu 26 Januari 2021 adalah merupakan hari pembayaran interim sebanyak RM1,000. Pastinya perkara ini sedikit sebanyak akan menggembirakan hati para pemohon yang telah memohon. 


Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa pemohon yang tidak diluluskan permohonan mereka bagi i-Sinar kategori 1 disebabkan beberapa faktor. Namun begitu, pihak kerajaan telah tampil dan memberikan peluang kepada mereka yang tidak lulus kategori 1 untuk melakukan permohonan bagi i-Sinar kategori 2. 


Selain itu, terdapat sedikit perbezaan di antara i-Sinar kategori 1 dan 2 yang mana untuk i-Sinar kategori 2 anda perlu memuat naik dokumen sokongan untuk membolehkan permohonan i-Sinar anda diluluskan. Sekiranya anda menepati segala syarat dan kriteria yang telah ditetapkan, pembayaran wang interim i-Sinar kategori sebanyak RM1,000 akan dikreditkan ke dalam akaun anda hari ini. 


Anda perlu faham bahawa pengkreditan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kepada bank masing-masing. Jadi di harapkan anda dapat bersabar menunggu dan menyemak akaun anda dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada ia telah pun dikreditkan ataupun tidak. 


Di bawah ini kami kongsikan kepada anda screenshot yang memaparkan beberapa orang pemohon yang sudah menerima pengkreditan i-Sinar kategori 2 hari ini. 


BUKTI WANG INTERIM RM1,000 SUDAH DIKREDITKAN







CARA MEMOHON & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Bagi anda yang belum melakukan permohonan i-Sinar kategori 2, berikut kami daripada pasukan Salam Kerjaya kongsikan kepada anda cara permohonan dan dokumen yang perlu anda sertakan semasa melakukan permohonan. Permohonan ini masih lagi dibuka dan pastikan anda telah memohonnya!


Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ 



Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan Dokumen Seperti Berikut: 

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN;
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU;
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan lazim (FAQ) i-Sinar.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua dan jangan lupa kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang bakal menerima manfaatnya. 


Post a Comment

0 Comments