Cara Memohon Bantuan mySalam Untuk Golongan B40 - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, January 28, 2021

Cara Memohon Bantuan mySalam Untuk Golongan B40

Tahukah anda, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.


Kelayakan mySalam

MySalam layak diterima oleh;


1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Manfaat Skim mySalam

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.


Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.



Cara Menyemak Kelayakan untuk menerima skim mySalam

1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukan kad pengenalan tanpa (-), dan klik "Semak"
3. Notifikasi di bawah kotak akan menynjukkan samada anda "LAYAK" atau "TIDAK LAYAK"


Cara menuntut bantuan skim mySalam sekiranya anda layak


Tuntutan melalui atas talian

  1. Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Sila daftar dahulu untuk pertama kali, tekan "LOG MASUK KALI PERTAMA" dan ikut langkah yang diarahkan.
  3. Sekiranya anda pernah daftar, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan no telefon. Jika nombor telefon  anda sudah tidak boleh digunakan, sila telefon talian bantuan. Pegawai bertugas akan bantu anda untuk reset pasword dan tetapkan password baru anda di log masuk.
  4. Kemaskini profile anda sebelum langkah seterusnya.
  5. Klik;
TUNTUTAN ➡ ️PENYERAHAN TUNTUTAN ️ TUNTUTAN HOSPITALISASI️ MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN ➡ ️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL) ️ MUAT NAIK COPY IC ➡ ️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17
6. Klik " Hantar "

 

Tuntutan di kiosk berdekatan

  1. Boleh pergi ke mana-mana kiosk MYSalam
  2. Bawa salinan kad pengenalan dan borang Annex 14&17. 
  3. Serahkan dokumen kepada pegawai bertugas

Sebarang persoalan, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah;

    TALIAN BANTUAN
    Telefon : 1-300-88-8938
    Email : info@mysalam.com.my

No comments:

Post a Comment