Mohon Bantuan Skim Pinjaman Komputer Institusi Pendidikan MARA ~ Terima Sehingga RM3,000 Seorang!



Untuk pengetahuan anda, ini adalah merupakan berita baik buat semua pelajar di bawah institusi pendidikan MARA yang ingin melakukan pembelian komputer bagi kegunaan pengajian, terutamanya di dalam situasi ketika ini yang mana sangat diperlukan oleh para pelajar bagi mengikuti pengajian secara dalam talian namun mempunyai masalah dan kekangan kewangan.


Untuk makluman, Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA disediakan adalah bertujuan untuk para pelajar memiliki komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA sehinggar RM3,000 ini. Semoga bermanfaat.


INSTITUSI PENDIDIKAN MARA


Berikut adalah merupakan senarai Institusi Pendidikan Mara yang layak untuk melakukan permohonan: 

  • Kolej MARA 
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA
  • Universiti Kuala Lumpur 
  • Kolej University PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysia Institute (GMI)

SYARAT PINJAMAN

Untuk makluman, pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Persediaan / Pra-Universiti (umur tidak melebihi 20 tahun)
  • Sijil (umur tidak melebihi 35 tahun)
  • Diploma atau
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (umur tidak melebihi 45 tahun)

Syarat lain pinjaman adalah seperti berikut:
  • Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Pelajar layak memohon satu kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan. 
  • Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer daripada badan penaja / pihak lain.

MAKLUMAT BERKAITAN PINJAMAN

Amaun Pinjaman:
  • Amaun maksimum pinjaman komputer adalah sebanyak RM3,000.
  • Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.
  • Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Jaminan:
  • Pinjaman ini memerlukan seseorang sebagai penjamin.
  • Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut: 
i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur 21 tahun dan ke atas
iii) Ibu / bapa / penjaga / ahli keluarga dan
iv) Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500 sebulan

Pembekalan Komputer:
  • Pembelian komputer akan diuruskan oleh pihak IPMA melalui pembekal yang telah dipersetujui oleh MARA seperti berikut:
i) UniKL Resources Sdn Bhd
ii) Koleh Poly-Tech MARA
iii) Rural Capital Berhad dan 
iv) Glocal Link (M) Sdn Bhd
  • Komputer yang akan dibekalkan adalah komputer baharu mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui bermasa pihak MARA dan Pembekal.

PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
  • Pinjaman ini haruslah di bayar sepenuhnya. Bayaran boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran bulanan tertakluk kepada baki tempoh pengajian dan tempoh maksimum 36 bulan. Pelunasan lebih awal juga adalah dibenarkan.
  • Bagi bayaran balik secara ansuran bulanan adalah melalui potongan daripada akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.
  • Bayaran ansuran bulanan bermula selepas dua bulan pinjaman diluluskan / dibenarkan.

Pengiraan bayaran ansuran bulanan adalah seperti berikut:
  • Nilai pinjaman (RM) / Tempoh Bayaran Balik (Bulan) = Jumlah Ansuran (RM) bulanan

Peminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian oleh IPMA adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian. 

CARA MELAKUKAN PINJAMAN

Semua permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian bermula 1 Februari sehingga 1 Mac 2021 menerusi laman berikut: 
Untuk makluman, segala kuasa untuk meluluskan pinjaman komputer adalah terletak di bawah Jawatankuasa Pengurusan Pinjaman Pelajaran (JK3P)

Post a Comment

0 Comments