Keliru Sama Ada Perlu Melakukan Kemaskini Permohonan BPR 2021 Ataupun Tidak? Ini Penjelasan Daripada LHDN



Untuk pengetahuan anda semua, permohonan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah pun dibuka bermula pada 15 Januari lalu. Namun, sehingga kini masih terdapat ramai para pemohon yang masih mengalami masalah dalam melakukan permohonan baharu dan kemaskini permohonan. Siapa yang perlu melakukan permohonan baharu dan siapa pula yang perlu melakukan kemaskini permohonan? 


Masih ramai lagi yang tertanya-tanya, adakah perlu untuk mereka melakukan kemaskini jika tiada sebarang perubahan maklumat? Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. 


SIAPA YANG PERLU LAKUKAN KEMASKINI PERMOHONAN BPR?


Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, individu yang perlu melakukan kemaskini permohonan BPR adalah terdiri daripada:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020; DAN
  • Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI

Untuk pengetahuan anda, maklumat pemohon yang pernah menerima BSH dan BPN 2.0 telah pun didaftarkan. Namun, sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat berikut anda adalah dikehendaki untuk melakukan kemaskini permohonan BPR untuk daftar maklumat anda yang terkini: 
  • Nombor akaun bank terkini
  • Status perkahwinan terkini
  • Nombor telefon terkini
  • Maklumat anak terkini

ADAKAH PERLU LAKUKAN KEMASKINI JIKA TIADA PERUBAHAN?

Adakah perlu untuk anda melakukan kemaskini sekiranya anda ingin menggunakan data lama anda seperti yang terdapat dalam bantuan BSH / BPN 2.0 kerana tiada sebarang perubahan? Ini penjelasan daripada pihak LHDN melalui email:



TIDAK PERLU KEMASKINI JIKA TIADA PERUBAHAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak LHDN, sekiranya anda adalah pemohon BSH dan BPN yang lulus atau semakan permohonan di Portal BPR anda telah wujud dan TIADA SEBARANG PERUBAHAN MAKLUMAT anda maka anda tidak perlulah lagi untuk melakukan sebarang kemaskini permohonan. 

Permohonan yang tidak dikemaskini melalui portal BPR 2021 akan diproses berdasarkan maklumat yang sedia ada iaitu berdasarkan daripada data BSH atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan pada  keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah untuk log masuk, anda digalakkan untuk membuat semula pengesahan maklumat. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan mampu untuk menjelaskan segala kekeliruan yang anda alami. Sila kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang mendapat manfaat. Terima kasih!

Post a Comment

1 Comments