Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Pelajar IPMA ~ Mohon Segera!

 




KHUSUS UNTUK SEMUA PELAJAR IPMA TERMASUK KKTM, MJII & IKM

Kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi berikut dan ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian, anda boleh memohon;


  • Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) ;
  • SKIP diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

  • Amaun maksimum SKIP IPMA adalah sebanyak RM3000 sahaja.
  • (tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya)

  • Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 FEBRUARI 2021. 
  • Permohonan boleh di buat melalui wakil IPMA masing-masing bermula. Tarikh akhir permohonan ditutup pada 1 Mac 2021.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan ; MOHON DISINI

SENARAI INSTITUT PENDIDIKAN MARA YANG TERLIBAT DALAM SKIP

Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)


SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIP

Berikut adalah Syarat Kelayakan:

1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:

  • Persediaan / Pra Universiti
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
2. Had Umur Kelayakan:
  • Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
  • Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
  • Ijazah Sarjana Muda: Tidak melebihi 45 tahun
  • Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.

3. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. 


4. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk                        dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer               terdahulu telah diselesaikan.


5. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari https://www.mara.gov.my/

Post a Comment

0 Comments