Zahid Hamidi Tuntut Pihak KWSP Benarkan Pengeluaran i-Sinar Secara 'One-Off' - Salam Kerjaya!

Breaking

Sunday, December 6, 2020

Zahid Hamidi Tuntut Pihak KWSP Benarkan Pengeluaran i-Sinar Secara 'One-Off'



Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Presiden UMNO menggesa agar pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pilihan kepada para pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka secara 'one-off'


Zahid Hamidi berkata bahawa keputusan pihak KWSP telah mengenakan syarat pengeluaran yang amat berbeza dengan pengunguman yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul sebelum ini. 


RAKYAT KECEWA DENGAN KEPUTUSAN i-SINAR

"Saya mendengar dan membaca segala keluhan serta suara hati rakyat yang amat kecewa dengan syarat-syarat yang telah dikenakan oleh pihak KWSP berkenaan dengan pengeluaran i-Sinar KWSP baru-baru ini.


"Ternyata nada yang diucapkan oleh pihak pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang telah diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia semasa sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.


"Oleh yang demikian, saya meminta agar pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum," katanya.


BN DAN UMNO TEGAS MEMPERJUANGKAN ISU TERSEBUT


Zahid Hamidi turut berkata bahawa ahli-ahli parlimen BN dan UMNO termasuklah segala sayap-sayap pergerakan pemuda dan puteri akan bertegas dalam memperjuangkan isu tersebut.


Pada 02 Disember yang lalu, pihak KWSP telah mengumumkan sebanyak dua kategori pencarum sahaja yang layak untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun-1 menerusi skim i-Sinar yang dilaksanakan bagi bertujuan membantu rakyat menangani masalah pendapatan berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. 


Perincian tersebut telah pun diumumkan seminggu selepas Tengku Zafrul telah bersetuju terhadap gesaan beberapa pemimpin termasuklah daripada UMNO sendiri untuk memperluaskan program tersebut.


TEMPOH PENGELUARAN i-SINAR DILIHAT TIDAK MUNASABAH


Semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Najib Razak berkata bahawa tempoh masa pengeluaran i-Sinar dilihat tidak munasabah.


"Adakah munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk menunggu sehingga tiga bulan lagi sehingga akhir Februari sebelum mereka mendapatkan pelampung?


"Ramai para pencarum yang telah menunggu sejak daripada bulan Oktober lagi apabila saya dan UMNO telah mula menyuarakan saranan ini. 


"Tetapi, pengunguman pihak KWSP semalam bagi kategori 2 yang bermaksud : Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak daripada bulan Oktober lagi, mereka perlu tunggu sehingga 11 Januari untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen," tulisan Najib Razak melalui laman Facebook.  

1 comment: