[RASMI] : Tarikh Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 07 Disember 2020 ~ Ini Cara Buat Rayuan!

Berita baik buat mereka yang tidak lulus permohonan GKP 2.0 kerana anda masih berpeluang untuk buat rayuan GKP 2.0 pada tarikh yang telah ditetapkan. Ikuti perkongsian di bawah daripada pasukan Salam Kerjaya untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan tarikh rayuan GKP 2.0 dan cara melakukan permohonan rayuan GKP 2.0
BILAKAH TARIKH RAYUAN GKP 2.0 DIBUKA?
Untuk pengetahuan anda, tarikh rayuan bagi GKP 2.0 telah ditetapkan dalam tempoh 14 hari yang mana bermula pada 07 Disember - 21 Disember 2020 ini.
SYARAT RAYUAN GKP 2.0
Bagi individu yang ingin melakukan rayuan GKP 2.0, anda mestilah memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
- Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020
CARA BUAT RAYUAN GKP 2.0
Segala permohonan rayuan pada tarikh rayuan GKP 2.0 yang telah ditetapkan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal berikut:
Post a Comment
0 Comments