[RASMI] : Permohonan Bantuan Tambahan Khas Covid-19 MAINJ Bernilai RM200 Kini Dibuka Untuk Semua




Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini memberi dan membuka tawaran Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19. Bantuan ini adalah terbuka kepada semua individu yang benar-benar mengalami terjejas sumber pendapatannya akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara kita ini. 

Untuk pengetahuan anda semua, bantuan ini bakal memberikan manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat Covid-19. Anda boleh lah melakukan permohonan sekiranya anda memerlukan bantuan ini. 

Sila semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut berkenaan dengan Bantuan Tambahan Minhah Covid-19 melalui perkongsian di bawah ini.

KADAR BANTUAN MINHAH

Untuk pengetahuan anda semua, kadar bantuan minhah akan diberikan kepada individu yang layak seperti berikut:
  • Kadar Bantuan Tambahan Khas Covid-19 : RM200 

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah ini adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima Bantuan Minhah:
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh masa 3 tahun
  • Pemohon BUKAN penerima bantuan bulanan MAINJ

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan para pemohon (jika diperlukan)

CARA MEMOHON

Bagi pengetahuan anda semua, permohonan ini dibuka sehingga 14 Disember 2020. Para pemohon perlu melengkapkan borang di pautan 'Google Forms' yang telah disediakan mengikut daerah seperti di bawah ini:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman web rasmi https://www.maij.gov.my/archives/5473 atau boleh terus hantarkan email ke alamat zakat@maij.gov.my


Post a Comment

0 Comments