[RASMI] : Bantuan Komputer Riba Secara Percuma - 500 Buah Sekolah & 150,000 Orang Murid Bakal Terima Manfaat



Di dalam pembentangan Belanjawan 2021 beberapa bulan yang lalu, pihak kerajaan telah memberikan kenyataan bahawa mereka bakal menyediakan bantuan komputer riba secara percuma kepada golongan pelajar sekolah untuk tujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam menjalankan atau meneruskan pembelajaran mereka secara atas talian akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. 


Umum mengetahui bahawa dalam menjalani norma baharu ini, pembelajaran secara atas talian (online) ini adalah merupakan salah satu faktor yang utama dan menjadi kebiasaan kepada golongan para pelajar pada masa kini. Sehubungan dengan itu, pemberian bantuan komputer riba secara percuma ini sedikit sebanyak akan dapat untuk membantu memberikan manfaat kepada golongan pelajar yang bakal menerima bantuan ini kelak. 


Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat tentang cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan komputer riba secara percuma ini.


500 BUAH SEKOLAH BAKAL MENERIMA MANFAAT


Untuk makluman, pemberian bantuan komputer riba secara percuma ini juga akan melibatkan seramai 150,000 orang murid sekolah di 500 buah sekolah sebagai salah satu projek rintis yang bertujuan untuk membantu meringankan beban masalah pembelajaran secara atas talian yang kerap dihadapi dan dilalui oleh golongan para pelajar atau murid yang kurang berkemampuan.


Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Syarikat Milik Kerajaan (GLC) serta Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan memberikan sumbangan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi bertujuan untuk memberikan bantuan komputer riba secara percuma kepada 150,000 orang murid sekolah.


Menurut Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia melalui pembentangan Belanjawan Bajet 2021 yang lalu menyatakan bahawa projek rintis ini bakal diselia oleh Yayasan Hasanah.




Segala makluman berkaitan permohonan dan syarat kelayakan untuk pemberian komputer riba secara percuma ini bakal diberitahu setelah diumumkan kelak.


MANFAAT LAIN YANG BAKAL DITERIMA


Untuk pengetahuan anda semua, selain daripada murid sekolah, isi rumah, belia serta golongan bujang juga turut bakal menerima pelbagai lagi manfaat lain daripada Belanjawan 2021 seperti Bantuan sebanyak RM350 bagi golongan bujang dan bantuan sehingga RM1,800 untuk setiap isi rumah. Seterusnya, bagi golongan B40 yang layak pula mereka bakal menerima bantuan berjumlah RM180 bagi setiap pembelian telefon bimbit baharu serta untuk langganan internet.


Oleh yang demikian, diharapkan agar segala bantuan yang telah disalurkan serta diberikan menerusi Belanjawan 2021 ini nanti mampu mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung oleh majoriti rakyat akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini.


Semoga artikel ini memberikan manfaat untuk semua.

Post a Comment

0 Comments