[RASMI] : Bantuan Beli Kelengkapan Persekolahan Daripada MAIWP Sehingga RM400



Berita baik buat anda, bermula pada 23 Disember 2020 seramai 27,246 para pelajar daripada keluarga asnaf boleh melakukan pembelian barangan pakaian dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2021 tanpa perlu membayarnya. 


Bermula tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memudahkan para keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Anda hanya perlu melakukan semakan penerima di laman yang telah disediakan dan buat tebusan di lokasi yang telah ditetapkan.


Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan penebusan Kasih Asnaf Back To School "Pilih dan Pulang". 


KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL "PILIH & PULANG"


Daripada bantuan ini, keluarga asnaf hanya perlu melakukan perkara seperti di bawah ini:

  1. Hadirkan diri ke mana-mana 46 buah pasaraya / kedai yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  2. Sila pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  3. Anda boleh pulang dengan hati yang gembira tanpa pelu melakukan sebarang pembayaran

MAKLUMAT BANTUAN

Berikut adalah merupakan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. "Pembelian tanpa perlu pembayaran" atau dengan kata lainnya proses penebusan boleh dilakukan mengikut pada ketetapan berikut:
  • Tarikh Penebusan : Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
  • Masa Penebusan : Mengikut kepada waktu operasi kedai / pasaraya 
  • Bilangan Kedai / Pasaraya : 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

CARA PENEBUSAN

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan penebusan bantuan mengikut kepada lokasi terpilih seperti yang telah ditetapkan:
  1. Memilih lokasi penebusan (kedai / pasaraya) berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  2. Sila bawa MyKad / MyKid / Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan (jika tiada MyKad, MyKid dan Surat Beranak)
  3. Anda hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kategori pelajar dan kadar bantuan seperti yang telah ditetapkan
  4. Anda hendaklah membuat penebusan untuk barangan wajib terlebih dahulu sebelum menebus barangan pilihan
  5. Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibu bapa / pelajar sendiri


SEMAKAN PENERIMA BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf adalah layaj untuk menerima bantuan persekolahan yang ditawarkan ini. Anda boleh melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima atau tidak melalui pautan di bawah ini: 

KADAR BANTUAN DAN BARANGAN PENEBUSAN

Untuk makluman, kadar bantuan dan barangan penebusan bakal diberikan mengikut kepada kategori dan jenis sekolah penerima. Anda boleh melakukan semakan kadar bantuan beserta barangan wajib & pilihan yang boleh anda tebus melalui laman facebook rasmu pihak MAIWP yang telah kami sediakan di bawah ini. Segala maklumat yang anda perlukan ada pada laman tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi salah satu daripada talian berikut:
  • Kuala Lumpur : 011-62542728 / 011-5920909476 / 011-63341373
  • Labuan : 011-59496216
  • Putrajaya: 013-8513066 / 087419594 / 087419716

Post a Comment

4 Comments

  1. Bulan 1 anak saya sekolah.boleh ke?sy dapatkan untuk anak saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 1anak saya sekolah boleh ke sy dapatkan untuk anak saya

      Delete
  2. Anak sy ada 3 org sekolah tpi sy Tak tau mcm mna nak mendaftarkan bantaun ni

    ReplyDelete
  3. Anak sy ada 3 org sekolah tpi sy Tak tau mcm mna nak mendaftarkan bantaun ni

    ReplyDelete