KWSP Dedahkan 5 Teknik Terkini Yang Digunakan Scam i-Sinar - Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui! - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, December 30, 2020

KWSP Dedahkan 5 Teknik Terkini Yang Digunakan Scam i-Sinar - Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui!


 

Perhatian kepada semua ahli KWSP! Sila ambil perhatian dengan berita ini. Disebabkan pengeluaran simpanan Akaun-1 KWSP melalui i-Sinar sedang hangat diperkatakan, sila pastikan bahawa anda sentiasa berhati-hati dengan segala scammer-scammer yang sedang bergiat aktif menjalankan modus oerikut perandi mereka sekarang ini. 


Untuk makluman, scammer ataupun penipuan secara online ini sentiasa bijak dalam mencari peluang untuk "merompak wang" mangsa dengan pelbagai cara secara atas talian. Sebagai seorang pengguna, anda mestilah bijak dalam melakukan sebarang urusan dan pastikan jangan sampai anda terkena dengan aktiviti yang dijalankan oleh scammer ini. 


Pihak KWSP melalui laman Facebook rasmi mereka telah memberi peringatan kepada para pengguna dengan beberapa jenis teknik sendiket scammer yang sedang berleluasa sekarang ini. 


EMPAT JENIS SCAM i-Sinar KWSP


Berikut adalah merupakan empat jenis teknik scam yang sedang giat aktif dilakukan oleh para scammer di luar sana:


Panggilan Mengaku Sebagai Ejen KWSP

  1. Jika anda mendapat panggilan / call daripada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah merupakan ejen kepada pihak KWSP dan ingin membantu dalam melakukan pengeluaran, sila abaikan dan terus putuskan talian telefon. Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda. Sila dapatkan info yang sahih dan tepat hanya dari media sosial dan laman web rasmi KWSP. 
  2. Sila laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.



Terima SMS Yang Mengandungi Nombor OTP

  1. Anda belum melakukan sebarang permohonan i-Sinar tetapi anda telah menerima SMS yang mengandungi nombor OTP? Kemungkinan data peribadi anda sedang digunakan oleh pihak scammer. Jika perkara ini berlaku, sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar dengan kadar yang segera. Sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar di 03-89224848



Dapat Panggilan Minta Kad Pengenalan / IC
  1. Jika anda berhadapan dengan situasi ini, pastikan bahawa anda jangan panik! Sila semak terlebih dahulu dengan rakan-rakan ataupun orang yang anda percayai. Jangan terus menjawab apa-apa soalan untuk mengelakkan daripada anda berkongsi maklumat peribadi diri anda kepada scammer tersebut. Terus hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.



SMS Palsu Berkaitan Status Permohonan
  1. Sila sentiasa berwaspada dengan SMS palsu berkenaan status permohonan i-Sinar ini. Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP anda. 



Aplikasi Palsu i-Sinar

AWAS! Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah pun membina beberapa aplikasi yang seakan-akan hendak memberikan kemudahan maklumat mengenai i-Sinar KWSP. Pihak KWSP telah memberikan amaran ini kepada semua para pencarum pada media sosial Facebook KWSP agar anda tidak mudah untuk tertipu. 

PERINGATAN MESRA BUAT PENCARUM

Bagi mengelakkan agar anda semua terkena dengan segala tipu helah para scammer secara atas talian, sila pastikan bahawa anda sentiasa peka dengan peringatan berikut:
  • Sentiasa mengikuti perkembangan isu terkini KWSP daripada sumber yang sahih.
  • Info palsu daripada pihak ketiga bukan sahaja boleh mengelirukan malah ianya boleh mengancam privasi dan keselamatan akaun anda semua. 
  • Hubungi talian yang tepat jika terdapat sebarang keraguan: 
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP - 03 8922 6000 atau;
  • Talian hotline khas i-Sinar - 03 8922 4848

Bersama kita mencegah daripada terkena tindakan tidak bertanggungjawab para scammer. Sila pastikan bahawa anda tidak mendedahkan dengan mudah berkaitan dengan nombor OTP, Kad Pengenalan dan Maklumat Peribadi anda. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

No comments:

Post a Comment