i-Sinar KWSP : Boleh Tak Batalkan Permohonan i-Sinar Dan Lakukan Permohonan Sekali Lagi - Ini Perkara Yang Anda Semua Perlu Tahu! - Salam Kerjaya!

Breaking

Friday, December 25, 2020

i-Sinar KWSP : Boleh Tak Batalkan Permohonan i-Sinar Dan Lakukan Permohonan Sekali Lagi - Ini Perkara Yang Anda Semua Perlu Tahu!



Untuk makluman, permohonan i-Sinar bagi Akaun-1 telah dibuka pada beberapa hari yang lalu. Jika anda telah berjaya melakukan penghantaran permohonan, anda diharapkan untuk bersabar sementara menunggu tarikh semakan status permohonan i-Sinar untuk mengetahui keputusan sama ada permohonan yang telah anda lakukan lulus ataupun tidak. 


Bagi mereka yang belum melakukan sebarang permohonan, anda tidak perlulah risau kerana permohonan i-Sinar akan dibuka selama tempoh 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021. Anda tidak perlu melakukan permohonan sehingga melakukan kesilapan. 


Menurut cerita, terdapat ramai pemohon yang telah tersalah semasa melakukan permohonan i-Sinar baru-baru ini? Bolehkah batalkan permohonan i-Sinar tersebut dan buat permohonan baharu? Sila ikuti perkongsian yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai dengan persoalan tersebut.


KESALAHAN DALAM MEMOHON i-SINAR

Berikut adalah merupakan antara kesalahan dan kesilapan yang telah pemohon lakukan semasa melakukan permohonan i-Sinar:

  1. Tersalah isi nombor MyKad - Menyebabkan aktiviti log masuk tidak berjaya.
  2. Tersalah masukkan nombor telefon - Akan menghadapi masalah dalam penghantaran OTP (Sila pastikan bahawa anda telah melakukan kemaskini nombor telefon jika berlaku pertukaran bagi tujuan memudahkan urusan permohonan i-Sinar).
  3. Keliru dengan kaedah pengeluaran i-Sinar.
  4. Tersilap dalam memasukkan amaun yang sepatutnya.
  5. Tersilap dalam memilih jadual pembayaran.

BOLEH TAK BATALKAN PERMOHONAN i-SINAR?

Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh tak untuk batalkan permohonan i-Sinar dan buat permohonan baru jika tersilap dalam melakukan permohonan? Berikut adalah jawapannya:
  • TIDAK BOLEH

Untuk pengetahuan anda, setakat ini tidak terdapat sebarang pindaan atau pembatakan permohonan i-Sinar boleh dibuat bagi permohonan yang telah dihantar. Ahli atau para pencarum adalah dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasam memilih amaun bayaran kerana pertukaran amaun hanya boleh dilakukan SEBELUM permohonan dihantar.

Ahli adalah dinasihatkan agar membaca dan melakukan semakan maklumat yang tertera pada skrin terutamanya amaun bayaran yang telah dipilih. 

RANCANG PERMOHONAN i-SINAR ANDA

Kepada anda yang masih belum melakukan permohonan i-Sinar dan telah bercadang untuk melakukan permohonan, anda adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan sebaiknya sebelum tersilap membuat keputusan sebagaimana yang telah ramai orang lakukan. 
  • Pastikan anda menyemak baki akaun 1 KWSP anda terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan untuk tujuan perancangan kewangan yang baik.
  • Tetapkan jumlah kewangan yang anda benar-benar perlukan sahaja.
  • Sila ikut segala panduan permohonan i-Sinar dengan teliti dan betul semasa melakukan permohonan.
  • Sila berhati-hati semasa memilih amaun bayaran kerana pertukaran amaun hanya boleh dilakukan sebelum permohonan dihantar. 

3 comments:

  1. Macam Mana nak batalkan I sinar Dan BUAT balik want tambahan

    ReplyDelete
  2. Macam Mana cara batalkan Dan bermohan tambah wang balik

    ReplyDelete
  3. saya mula2 buat pergi batalkan dulu..macam mana buat balik

    ReplyDelete