Cara Mohon Bantuan KWSP Bagi Mereka Yang Tidak Mampu Bekerja - Maksimum Terima RM5,000 Seorang! - Salam Kerjaya!

Breaking

Tuesday, December 15, 2020

Cara Mohon Bantuan KWSP Bagi Mereka Yang Tidak Mampu Bekerja - Maksimum Terima RM5,000 Seorang!



Pasti ramai diantara kita yang masih tidak mengetahui bahawa selain daripada faedah dividen tahunan, KWSP dan faedah khairat kematian RM2,500 oleh pihak KWSP, para pencarum juga layak untuk memohon faedah berjumlah RM5,000 jika sudah tidak mampu untuk bekerja. 


Untuk pengeluaran hilang upaya ianya akan membolehkan ahli KWSP untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental ahli terjejas sehinggakan menghalang ahli untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, mereka akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban. 


Sila ikuti segala perkongsian di bawah untuk maklumat penuh permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya. 


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON


Untuk makluman, hanya individu yang memenuhi syarat berikut sahaja yang layak untuk membuat Pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya: 


Pengeluaran Hilang Upaya (Pengeluaran Baki Simpanan)

  • Warganegara Malaysia 
  • Dibawah umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan di dalam KWSP
  • Tidak lagi bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter
Bantuan Hilang Upaya (RM5,000)
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 60 tahun
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan

Nota: 
  1. Pihak KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
  2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh dilakukan kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya KWSP:
  • Borang KWSP 9L (AHL) dan senarai semak dokumen - klik DI SINI
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) - untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal (klik DI SINI)
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank / penyata akaun simpanan / penyata akaun semasa / Seurat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank / Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam / pilihan untuk sektor lain)

Sampel Laporan Perubatan
  • Untuk permohonan pengeluaran secara manual, sila bawa bersama borang permohonan berikut bersama dokumen di atas ke cawangan KWSP berhampiran dengan kawasan anda. 

Borang Permohonan Pengeluaran Hilang Upaya
  • Nota: Sila pastikan semua salinan dokumen telah DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda dan membawa segala dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan di atas.

CARA PEMBAYARAN

Bayaran Dalam Negara 
  • Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Jika anda mempunyai akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
  • Anda akan diberikan Cek Jurubank (jika bayaran ke akaun anda gagal)

Bayaran Luar Negara 
  • Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda. Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.
  • Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.

Untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus ke laman web kwsp.gov.my atau hantar pertanyaan anda DI SINI.

No comments:

Post a Comment