Cara Memohon & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan - 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Memohon


 

Untuk makluman, pengeluaran i-Lestari telah diperkenalkan oleh pihak KWSP untuk membantu meringankan beban para ahli serta pencarum KWSP ketika penularan wabak pandemik Covid-19 ini yang berjumlah sebanyak RM500 setiap bulan.


Untuk pengetahuan anda, ahli ataupun pencarum KWSP boleh melakukan pengeluaran minimum RM50 dan maksimum sebanyak RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP (tertakluk kepada baki akaun KWSP). Pengeluaran i-Lestari ini juga adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang (reccuring) bagi bulan-bulan berikutnya.


Para pencarum serta ahli bakal menerima wang tersebut bermula daripada tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa pengeluaran i-Lestari pada 31 Mac 2021. Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, para pencarum ataupun ahli tersebut adalah tidak layak untuk memohon kerana mereka telah pun layak untuk membuat pengeluaran umur 55 tahun.


Ahli juga turut boleh melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara online, email ataupun pos. Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula pada 21 Disember 2020.


PERMOHONAN I-LESTARI SECARA ONLINE 


Berikut adalah merupakan cara serta kaedah untuk melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara online:

  1. Sila layari portal rasmi i-Lestari (klik DI SINI) dan klik pada permohonan baru.
  2. Sila masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, alamat email (jika ada) dan alamat surat menyurat.
  3. Pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.
  4. Sila pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Sila pastikan bahawa akaun simpanan/semasa anda masih aktif.
  5. Sila klik pada perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
  6. Klik pada kotak 'saya bukan robot' (reCAPTCHA) dan klik pada butan HANTAR.

PERMOHONAN MELALUI E-PENGELUARAN KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan melalui e-pengeluaran KWSP:
  1. Log masuk ke i-Akaun (ahli)
  2. Pilih tab pengeluaran
  3. Klik e-pengeluaran
  4. Klik permohonan baru
  5. Pilih pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi

PERMOHONAN SECARA POS 

Berikut adalah merupakan cara permohonan secara pos (manual):
  1. Sila muat turun BORANG PERMOHONAN i-LESTARI terlebih dahulu.
  2. Sila lengkapkan borang beserta tandatangan atau cap ibu jari kiri dan kanan.
  3. Sila sertakan dokumen berikut:
    > Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas.
    > Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia).
    > Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF

Kemudian, anda boleh hantarkan permohonan tersebut beserta dokumen tadi ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari) 

Post a Comment

0 Comments