Bantuan Bulanan RM1,000 JKM Bagi Golongan B40 Dan OKU Akan Dilaksanakan Segera - Tan Sri Muhyiddin Yassin - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, December 3, 2020

Bantuan Bulanan RM1,000 JKM Bagi Golongan B40 Dan OKU Akan Dilaksanakan Segera - Tan Sri Muhyiddin Yassin



Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan bahawa cadangan untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang bakal dilaksanakan dengan kadar yang segera.


Tan Sri Muhyiddin berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin beliau akan memastikan dan memberi jaminan bahawa golongan tersebut mempunyai hak dan peluang yang sama rata untuk menjalani kehidupan sama seperti anggota masyarakat yang lain.


PM MAHU BANTUAN JKM RM1,000 DILAKSANAKAN SEGERA

"Mengambil kira pada keadaan ekonomi negara serta kos sara hidup semasa, saya telah mencadangkan agar bantuan bulanan JKM yang pada ketika ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan kepada jumlah RM1,000.


"Sudah pasti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang bakan mendapat faedah daripada kenaikan jumlah bantuan tersebut.


"Saya akan memastikan cadangan ini dilaksanakan dengan kadar yang segera. Insya-Allah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran di laman Facebooknya bersempena dengan Hari OKU Sedunia semalam. 


Untuk pengetahuan anda, pada bulan ogos yang lepas Tan Sri Muyiddin dilapor mengusulkan kenaikan bantuan bulanan tersebut dan usaha untuk membantu golongan itu termasuklah B40 adalah merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.


Menurut beliau lagi, golongan OKU adalah merupakan sebahagian daripada masyarakat yang sentiasa dekat dan diberikan perhatian olehnya dan juga kerajaan.


"Saya sendiri telah beberapa kali turun bertemu dengan golongan ini sebagaimana ketika kunjungan saya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak dan PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini," katanya.


INISIATIF KERAJAAN DALAM BELANJAWAN 2021

Tan Sri Muhyiddin turut berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini antaranya ialah dengan menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 kepada RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 kepada RM500.


Menurut beliau lagi, mengikut pada rekod JKM, bilangan OKU yang berdaftar di Malaysia setakat ini ialah 581,265 orang dan beliau berharap agar kempen medaftarkan golongan tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada siapa yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.


"Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan wabak pandemik Covid-19.


"Saya doakan agar semua golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat bersama-sama berperanan dalam pembangunan negara. Selamat Hari OKU Sedunia 2020," katanya.



Sumber : Berita Harian 

7 comments:

  1. Saya warga tua amat mengalu-alukan agar cadangan bantuan kewangan kepada warga tua rm1000 dapat dilaksanakan seawal tahun 2021.

    ReplyDelete
  2. Saya juga berdaftar dengan JKM sebagai OKU tetapi tidak pasti saya ada terima bantuan ini.

    ReplyDelete
  3. Abang saya berusia 33 tahun.dia gologan OKU tpi sampai sekarang masih tidak dapat bantuan apa² seperti gologan OKU Lain..pernah mohon bantuan perlukan cop doctor klinit terdekat tetapi doctor tersebut tidak memberi kerja sama yang baik.

    ReplyDelete