[TERKINI] : Isu Pengeluaran Akaun Satu KWSP Berjumlah RM10,000? Ini Jawapan Perdana Menteri Kita



Beberapa hari lalu telah tular isu yang berkaitan dengan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1. Lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan maklum balas terhadap seputar isu ini dan telah memberikan kenyataan bahawa agak susah untuk dia dan pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP akaun 1 seperti yang diinginkan oleh majoriti rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan PM kita menyatakan bahawa memang terdapat cadangan diterima daripada bekas PM kita iaitu Najib Razak untuk memberikan pengeluaran kepada akaun 1 KWSP yang berjumlah sebanyak RM10,000 secara one-off. Namun, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah agak susah dan mustahil.

RAMAI YANG MENGHANTAR MESEJ MEMINTA BANTUAN

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengakui bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang telah menghantar mesej ataupun pesanan ringkas kepada beliau dengan meminta bantuan serta pertolongan agar cadangan daripada Najib Razak itu diluluskan dengan ayat "Abah, tolonglah kami yang susah".

ISU PENGELUARAN KWSP AKAUN SATU

Seterunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyatakan bahawa tanpa mengeluarkan wang daripada KWSP akaun 1 juga pihak kerajaan telahpun membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan membantu dan menampung rakyat Malaysia dan jika cadangan pengeluaran KWSP akaun 1 ini juga diluluskan maka beliau risau akan bagaimana situasi ekonomi negara kita pada masa hadapan.

"Jika pihak kerajaan membenarkan serta memberi kelulusan mengenai cadangan ini dan mengeluarkan kesemua wang KWSP akaun 1, saudara dan saudari pasti akan menghadapi masalah ekonomi pada masa hadapan ataupun di hari tua nanti," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sangat memahami akan keadaan serta kesusahan yang sedang dialami oleh seluruh rakyat Malaysia akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini. Oleh sebab itu, kita harus mengambil langkah yang lebih bijak untuk bersama-sama mengatasi masalah ini.

Secara tuntasnya, pihak kerajaan merasakan amat sukar untuk memberi keluluasan cadangan pengeluaran simpanan KWSP akaun 1 yang berjumlah sebanyak RM10,000.

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan tersebut semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap di Dewan Sri Permata SMK Bukit Pasir Muar, Johor.

SEMOGA MALAYSIA SEGERA PULIH

Semoga penularan wabak ini akan segera berakhir daripada bumi Malaysia dan sama-sama kita membendung gejala ini daripada terus merebak dengan mematuhi segala arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sumber : lumbakuda.net

Post a Comment

0 Comments