Rujuk Cara Melakukan Pendaftaran i-Akaun KWSP Secara Online ~ Semakan Baki Akaun 1 & 2 - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, November 23, 2020

Rujuk Cara Melakukan Pendaftaran i-Akaun KWSP Secara Online ~ Semakan Baki Akaun 1 & 2



Adakah anda tahu bahawa semakan baki / pengeluaran Akaun 1 & 2 KWSP boleh dilakukan hanya melalui online sahaja? Untuk pengetahuan anda, semakan ini adalah melalui platform i-Akaun yang disediakan telah disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Platform ini akan membantu para pencarum bagi melakukan semakan dengan lebih mudah tanpa perlu datang ke pejabat KWSP berhampiran dengan kawasan anda.

Pada artikel kali ini, Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda semua tentang info lengkap berkaitan i-Akaun KWSP yang merangkumi syarat kelayakan, cara pendaftaran, serta pihak yang perlu dihubungi berkaitan dengan i-Akaun KWSP ini.

PENDAFTARAN i-AKAUN KWSP MELALUI ONLINE

Sebelum anda melakukan pendaftaran i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapat nombor TAC pengaktifan dengan daftar nombor telefon daripada mana-mana kaunter atau kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pegurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

1. Dapatkan ID & Kata Laluan Sementara anda di pejabat / kiosk KWSP berdekatan dengan kawasan anda.
2. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login 
3. Pergi kepada ikon 'Log Masuk' dan gunakan ID & kata laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
4. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
5. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
6. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab ke atas simpanan KWSP anda.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR i-AKAUN

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut:

1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP.
2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah.
3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC.
4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah.



PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau anda boleh terus pergi ke mana-mana pejabat KWSP berhampiran dengan kawasan anda.

No comments:

Post a Comment