[RASMI] : Semakan Status Permohonan Bantuan Telefon Percuma Keluarga B40 Kini Dibuka ~ Semak Sekarang! - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, November 25, 2020

[RASMI] : Semakan Status Permohonan Bantuan Telefon Percuma Keluarga B40 Kini Dibuka ~ Semak Sekarang!



Untuk pengetahuan anda semua, jika anda tergolong daripada pelajar yang datang daripada keluarga B40 dan mempunyai kelayakan untuk memiliki telefon pintar secara percuma. Anda hanya perlu melakukan permohonan terlebih dahulu dan kepada mereka yang telah melakukan permohonan anda kini boleh melakukan semakan. Kali ini kami daripada Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda semua tentang maklumat serta cara untuk melakukan permohonan dan semakan status permohonan berkenaan telefon pintar secara percuma.


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi pelajar yang layak untuk memiliki telefon percuma ini adalah seperti berikut.

1. Pelajar yang datang daripada keluarga B40.

2. Pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah (SK) ataupun menengah (SMK).


CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Sebelum melakukan permohonan, anda perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa murid yang hendak dicalonkan dan dikumpulkan segala maklumat seperti berikut.

  • Nombor MyKid / MyKad Pelajar.
  • Nombor MyKad Ibu Bapa.

Status yang menunjukkan bahawa mereka berasal dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

  • Sila layari portal rasmi BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa pelajar.


Kemudian, sila klik pada butang 'SEMAK'.


Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online seperti di bawah ini.


1. https://appform.prod.frogdev.asia/

2. https://ytlfoundation.org/learn-from-home-lessons-test/


Sila pastikan bahawa anda telah mengisi segala maklumat pelajar dan ibu bapa yang diperlukan dengan lengkap.


CARA SEMAKAN STATUS TELEFON B40 SECARA ONLINE

Anda boleh melakukan semakan status permohonan telefon B40 secara online seperti di bawah ini.

1. Semakan status telefon B40 - https://lcs.yes.my/

2. Semakan melalui email.


Anda akan dimaklumkan berkenaan status permohonan menerusi email. Ibu bapa yang layak akan menerima email berkaitan dengan proses pendaftaran.


Semua ibu bapa haruslah mengikuti langkah serta proses pendaftaran serta memuat naik maklumat seperti berikut.

1. Satu salinan MyKid / MyKad pelajar.

2. Satu salinan MyKad ibu bapa pelajar.

3. Bukti yang menyatakan bahawa anda adalah keluarga daripada B40. Anda haruslah mendapatkan bukti dokumen yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang menyatakan bahawa anda adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang teah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. 


Selepas anda menerima email, sila pastikan bahawa ibu bapa telah mengisi borang pendaftaran yang diberikan dalam tempoh masa 7 hari.

4 comments:

  1. Cakap nak tolong golongan B40 dah daftar 2 blan telefon... Ank harap je.. Bila semak apa pun tak de

    ReplyDelete
  2. Kita dah dapat sim card 20gb setahun..terima kasih kerajaan dan ytl..tapi telefon tak tiada dalam pakej

    ReplyDelete