[RASMI] : Semakan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 Dibuka Bermula 16 November Ini



Adakah anda sedang ternanti-nanti akan bilakah tarikh sebenar keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 dikeluarkan? Berdasarkan malumat yang telah kami terima, kami telah mendapati bahawa terdapat pelbagai khabar angin yang tidak tepat berkaitan tarikh keputusan rayuan BSH telah tular. Oleh yang demikian, pihak kami telah cuba untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk mengetahui bilakah tarikh sebenar keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dikeluarkan.


TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN BSH FASA 3

Berdasarkan daripada maklumat sahih yang telah kami perolehi melalui panggilan telefon yang telah pihak kami lakukan kepada pihak pegawai LHDN yang bertugas, beliau telah memaklumkan bahawa kesemua para pemohon boleh melakukan semakan keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 bermula pada 16 November 2020.


Selain itu, pihak LHDN juga turut akan memaklumkan kepada anda semua tentang informasi semakan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang bakal ditampal di bahagian luar hadapan pejabat LHDN yang berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Notis tersebut akan memaklumkan kepada anda bahawa tarikh semakan keputusan rayuan BSH adalah pada 16 November 2020.


SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH

    1. Warganegara Malaysia.

    2. Lelaki / Wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan dan kebawah.

    3. Mempunyai pasangan yang Warganegara Malaysia (MyKad) 

Syarat Kelayakan Anak Dan Hubungan Anak Mestilah:

    1. Anak kandung atau anak angkat yang telah berdaftar di JPN.

    2. Warganegara Malaysia.

    3. Tidak mempunyai punca pendapatan.

    4. Berumur 19 tahun dan keatas dan masih belajar di mana-mana Universiti Awam (UA).


SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3

Untuk makuman anda semua, bagi anda yang telah melakukan permohonan rayuan BSH Fasa 3 anda semua bolehlah melakukan semakan permohonan anda melalui laman web rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula pada 16 November 2020.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari https://bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.


Post a Comment

0 Comments