[RASMI] : Rujuk Cara Melakukan Pendaftaran i-Suri KWSP Untuk Terima Bantuan RM480 Setahun - Daftar Sekarang! - Salam Kerjaya!

Breaking

Tuesday, November 24, 2020

[RASMI] : Rujuk Cara Melakukan Pendaftaran i-Suri KWSP Untuk Terima Bantuan RM480 Setahun - Daftar Sekarang!



Berita baik buat golongan suri rumah yang berminat serta berkelayakan untuk melakukan pendaftaran i-Suri KWSP 2020. Untuk pengetahuan anda semua, i-Suri KWSP adalah merupakan singkatan kepada insentif Suri yang mana adalah caruman sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. 


Baru-baru ini, pihak kerajaan telah memberikan peruntukkan sehingga RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI). Berikut adalah merupakan segala maklumat lengkap yang anda semua perlu ketahui sebelum melakukan pendaftaran akaun i-Suri KWSP 2020 ini.


SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP.

1. Warganegara Malaysia.

2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.

3. Umur belum mencecah sehingga 60 tahun.

4. Melakukan caruman ke dalam akaun KWSP sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.

5. Isteri kepada ketua isi rumah (KIR) / Wanita (KIR).


GOLONGAN MANAKAH YANG LAYAK MENCARUM

1. Diri Sendiri (Isteri).

2. Suami kepada pasangan yang layak.


MAKLUMAN : Kepada suri rumah yang ingin mendaftar, anda dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda sudah mendaftar Insentif Persaraan (i-Saraan). Anda perlu membatalkan pendaftaran lain terlebih dahulu sebelum memohon i-Suri KWSP.


CARA MELAKUKAN PENDAFTARAN i-SURI KWSP

Untuk melakukan pendaftaran, anda boleh hadir kemana-mana cawangan KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda dengan membawa kad pengenalan diri (MyKad) beserta dua borang permohonan seperti berikut.


Pembayaran Caruman

1. Secara tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.

2. Tunai atau cek di kaunter bank panel KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN).

3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik oleh MBB dan PBB.


Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan i-Suri KWSP, anda boleh layari DI SINI



MANFAAT i-SURI KWSP

Berikut adalah merupakan manfaat daripada i-Suri KWSP.

1. Menerima sumbangan daripada pihak kerajaan sebanyak RM200* pada tahun 2018 dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.

2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Menerima dividen tahunan KWSP.

4. Bantuan Kematian : RM2,500.


Maklumat Penting : 

**Tertakluk kepada terma dan syarat.

*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman bermula tempoh Ogos - Disember 2018. Bagi tahun berikutnya pula, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun. (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

No comments:

Post a Comment