[RASMI] : Permohonan Skim Cakna Suri 2020 - Bantuan Untuk Suri Rumah Bernilai RM100 - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, November 18, 2020

[RASMI] : Permohonan Skim Cakna Suri 2020 - Bantuan Untuk Suri Rumah Bernilai RM100



Bersempena dengan Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam, kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan sebuah skim bagi tujuan menghargai suri rumah yang ada di negeri tersebut iaitu Skim Cakna Suri 2020.

Skim ini diperkenalkan bagi tujuan menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Di samping itu juga, skim ini turut diperkenalkan bertujuan sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan negeri kepada suri rumah yang merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati.

 

JUMLAH BANTUAN SKIM CAKNA SURI 2020

Melalui Skim Cakna Suri 2020 ini, suri rumah yang layak akan menerima bantuan one-off berjumlah sebanyak RM100 daripada pihak kerajaan negeri.

Namun demikian, jumlah penerima untuk bantuan Skim Cakna Suri 2020 ini adalah terhad hanya kepada 150 orang penerima sahaja bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tarikh bagi permohonan bantuan Skim Cakna Suri 2020 ini dibuka bermula pada 03 November 2020 bersamaan dengan hari selasa sehingga 24 Disember 2020 iaitu pada hari khamis. 


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKIM CAKNA SURI 2020

Bagi para suri rumah yang ingin melakukan permohonan perlulah menepati segala syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah. 

1. Pemohon mestilah merupakan suri rumah sepenuh masa.

2. Pemohon mestilah berumur 54 tahun dan kebawah.

3. Pemohon mempunyai 3 orang anak ataupun lebih di bawah tanggungan.

4. Pemohon mesti menetap di negeri Kelantan.

5. Jumlah pendapatan isi rumah pemohon adalah RM1,500 dan kebawah.




CARA MEMOHON BANTUAN SKIM CAKNA SURI 2020

Bagi suri rumah yang berminat untuk memohon, anda bolehlah memohon dengan megikuti langkah seperti di bawah ini.

1. Sila layari laman web cakna suri disini

2. Sila klik butang next.

3. Isikan maklumat dengan lengkap pada setiap paparan dan kemudian tekan next.

4. Bagi paparan terakhir, sila klik butang "submit" untuk menghantar permohonan.


SOALAN LAZIM

Jika saya berumur 54 tahun kebawah, adakah saya layak untuk memohon Skim Cakna Suri ini?

Tidak. Skim ini hanya untuk mereka yang berumur 54 tahun dan keatas.


Saya menetap di Kuala Lumpur tetapi saya lahir di negeri Kelantan. Adakah saya boleh memohon skim ini?

Tidak. Kelayakan bagi skim ini adalah hanya untuk suri rumah yang tinggal di negeri Kelantan.


Jika permohonan saya tidak layak, adakah saya boleh membuat permohonan rayuan?

Tidak. Semua permohonan akan diproses dan tiada proses rayuan dibuka sekiranya permohonan pemohon adalah tidak layak.


Pertanyaan Lanjut:

Bagi suri rumah yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai skim ini, anda boleh terus menghubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915.

No comments:

Post a Comment