Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kini Dibuka Seluruh Malaysia ~ Daftar Sekarang!



Untuk pengetahuan anda, isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan anda sebenarnya boleh memiliki rumah idaman anda di bawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Ianya sangat menarik bukan?

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah merupakan sebuah program daripada pihak kerajaan untuk memberikan penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR yang terdapat di seluruh negara. Program Perumahan Rakyat (PPR) ini terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Ciri-ciri bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah seperti berikut:
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat di kawasan bandar besar.
  • Landed properties di kawasan pesisir dan pinggir bandar.
  • Keluasan - Tidak kurang 700 Kps
  • Binaan - 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.
SYARAT & KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN PPR

SKIM PPR DISEWA:
  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon belum pernah memiliki rumah.
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
SKIM PPR DIMILIKI:
  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. 
  4. Pemohon belum pernah memiliki rumah.
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
SKIM MY HOME:
  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan keatas.
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah sahaja. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau golongan bujang sahaja. Bagi pasangan suami isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  4. Pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan.
CARA MELAKUKAN PERMOHONAN RUMAH PPR

Daftar Akaun Pemohon:
  1. Sila pastikan pemohon yang ingin melakukan permohonan PPR Disewa, pemohon haruslah terlebih dahulu membuat pendaftaran akaun pemohon seperti pada link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik pada link permohonan di bawah.
  2. Klik : SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA
  3. Pastikan pemohon mengisi segala maklumat yang diperlukan.



GUNAKAN EMAIL UNTUK PENGESAHAN
  1. Sila pastikan bahawa email yang anda daftarkan adalah benar dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email daripada PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk tujuan mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pada pautan yang berwarna biru.
CONTOH:


Sila klik pada link yang berwarna biru dan masukkan kata laluan. Sila pastikan anda mengingati kata laluan yang anda pilih.

PILIH SKIM YANG ANDA INGINKAN
  1. Untuk permohonan, sila pastikan anda memilih sama ada SKIM PPR DISEWA, PPR DIMILIKI ataupun MyHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang ditetapkan sebelum anda klik "Pilih skim yang diinginkan". 
  3. Pastikan pemohon mengisi segala maklumat yang diperlukan dan tidak ada sebarang maklumat yang tertinggal. 
  4. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti maklumat diri pemohon, maklumat pendapatan, maklumat pasangan dan maklumat jumlah tanggungan. 
CONTOH: 


DOKUMEN SOKONGAN

Klik pada "DOKUMEN SOKONGAN" untuk menghantar segala maklumat yang diinginkan sebagai bukti. Sila pastikan kesemua dokumen yang dihantar adalah dokumen yang berbentuk dalam fail PDF dan saiz fail tersebut adalah tidak melebihi 3MB. 

CONTOH:


PENGESAHAN
  1. Setelah dokumen sokongan tadi telah dihantar, seterusnya pemohon boleh melakukan pengesahan berkenaan maklumat yang telah diisi dan dihantar semuanya adalah benar.
  2. Selesai melakukan pengesahan, kesemua pemohon tunggu arahan dan langkah yang diberikan selanjutnya.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan dan mengidamkan rumah pertama mereka. 



Post a Comment

0 Comments