Amerika Syarikat Beli Aplikasi Muslim Pro, Tentera Amerika Miliki Data 98 Juta Pengguna Islam



Baru-baru ini telah tular satu berita berkenaan dengan aplikasi terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna iaitu aplikasi Muslim Pro yang dilaporkan telah menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.


Menurut laporan, Amerika Syarikat menggunakan dua data stream yang berbeza iaitu Babel Street dan X-Mode bagi tujuan pengumpulan segala data lokasi.


Seterusnya, berdasarkan daripada laporan RT.com, "Tentera Amerika Syarikat membeli segala data pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya." Joseph Cox, VICE Motherhood.


Secara khususnya, salah satu pembeli adalah Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang menjalankan urusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan pelbagai aktiviti rahsiah di seluruh dunia.


Untuk pengetahuan anda, aplikasi Muslim Pro adalah merupakan sebuah aplikasi peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah.


Selain itu, aplikasi ini juga turut menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi tujuan memudahkan para pengguna.


Kebanyakan umat islam telah memadamkan aplikasi Muslim Pro berikutan daripada berita penjualan data lokasi ini.


Dalam perkembangan terbaru melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Muslim Pro menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa perkara tersebut tidak tepat dan salah.


Siasatan dalaman turut dilakukan bagi tujuan memastikan keselamatan data pengguna terjamin.


Sehubungan dengan itu, pembangunan aplikasi Muslim Pro telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan syarikat rakan kongsi data termasuk X-Mode.



Oleh yang demikian, pengguna disarankan agar beralih ke aplikasi waktu solat Malaysia kerana aplikasi tersebut adalah dimiliki oleh Media Prima Digital.


Untuk pengetahuan anda juga, selain sebagai aplikasi peringatan waktu solat, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga turut mempunyai fungsi tambahan yang lain seperti panduan waktu solat, koleksi doa-doa, bacaan al-Quran, loaksi masjid atau surau yang berhampiran dengan pengguna aplikasi tersebut.


Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di laman sesawang Huawei, Apple dan Google.


Sumber : HarianMetro

Post a Comment

0 Comments