[4 Foto] Sebak... Ebit Lew sewa kapal kargo demi bantu saudara kita di negeri Sabah



Sikap prihatin dan pemurah yang dimiliki oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi. Ebit Lew yang memang sangat dikenali gemar untuk membantu sesiapa sahaja masyarakat yang terpinggir dan mereka yang hidup serba kekurangan.

Terbaru, Ebit Lew turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk negeri Sabah yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

SEWA KAPAL KARGO UNTUK BERI BANTUAN

Ebit Lew telah mengambil inisiatif ini dengan menyewa sebuah kapal kargo untuk tujuan memuatkan segala barangan keperluan yang ingin diberikan kepada seluruh penduduk negeri Sabah. Melalui hantarannya di laman rasmi Facebook dirinya, dia telah memaklumkan bahawa dia akan menggunakan perkhidmatan kargo daripada syarikat penerbangan Raya Airways untuk menghantar bantuan ke negeri di bawah bayu itu.

Semalam, telah berlaku sebuah demonstrasi aman daripada para penduduk Taman Semarak, Tawau yang telah terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Ramai para penduduk berhimpun secara aman demi menyuarakan keperitan yang telah mereka alami akibat daripada perintah PKPD yang dilakukan secara mengejut dan membuatkan mereka kurang melakukan persediaan yang rapi untuk menghadapi suasana PKPD tersebut.

Hari ini, Ebit Lew telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat di negeri bawah bayu kerana berasa sebak melihat keadaan dan situasi yang berlaku akibat penularan pandemik Covid-19 ini.

"Doakan ya.. risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah."

"Doakan ya.. insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat."

"Ramai yang mesej saya untuk minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah," kata Ebit Lew melalui laman Facebooknya.

SAMBUT BAIK TINDAKAN EBIT LEW

Hantaran Ebit Lew menerusi laman Facebooknya itu telah mendapat ramai respon positif dan pujian daripada warganet. Kebanyakan daripada mereka telah mengucapkan serta menzahirkan rasa terima kasih mereka kerana bertindak pantas dalam membantu sesiapa sahaja yang terjejas akibat penularan pandemik ini.

Semoga Allah memberi balasan setimpal dan mempermudahkan segala urusan Ebit Lew dalam melakukan dan menyebarkan kebaikan. 











Post a Comment

0 Comments