[TERKINI] : Semakan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 Bermula November Ini



Pasti ramai daripada anda yang sedang ternanti-nanti bilakah tarikh keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 bukan? Kami mendapati bahawa terdapat pelbagai khabar angin yang tidak tepat telah tular. Oleh itu, pihak kami telah cuba mendapatkan maklumat terbaru yang sahih tentang bilakah tarikh sebenar untuk mengetahui keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tersebut agar dapat memudahkan pemohon untuk melakukan semakan. Sila rujuk segala maklumat di bawah. 

KEPUTUSAN RAYUAN BSH FASA 3

Berdasarkan daripada maklumat sahih yang telah kami terima melalui panggilan telefon yang pihak kami lakukan kepada pegawai LHDN yang bertugas, beliau memaklumkan bahawa para pemohon boleh melakukan semakan keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 bermula pada November 2020. 

Selain itu, pihak LHDN juga memaklumkan akan menampalkan segala tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan dan semakan BSH Fasa 3 itu diluar bahagian pejabat LHDN. Notis tersebut juga memaklumkan bahawa kesemua semakan rayuan hanya boleh dilakukan pada bulan November 2020.

Walaupun belum ada ketetapan tarikh yang khusus dan lebih terperinci bilakah tarikh untuk melakukan semakan rayuan yang telah dilakukan namun maklumat ini juga mampu memberikan anda semua serba sedikit bayangan tarikh yang bakal diumumkan kelak. Kami akan sentiasa memberikan anda makluman tentang tarikh kemaskini kelak sekiranya terdapat maklumat yang baru kami perolehi.

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Lelaki / Wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan dan kebawah.
  3. Memiliki pasangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia (MyKad) atau memiliki (MyPR / MyKAS).
Syarat Kelayakan Anak Dan Hubungan Dengan Anak Mestilah:

  1. Anak kandung atau anak angkat yang berdaftar di  JPN.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Tiada Punca Pendapatan.
  4. Berumur 19 tahun dan keatas dan masih belajar di Universiti Awam (UA).
SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3

Untuk makluman semua, bagi anda yang telah melakukan permohonan rayuan BSH Fasa 3 anda semua boleh melakukan semakan permohonan anda melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula pada bulan November 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

Post a Comment

1 Comments