MGID ads

Cadang Pencarum Dibenarkan Keluar Wang Akaun 2 KWSP Hadapi Covid-19 -Najib Razak





Prihatin dengan keadaan isu semasa terutama wabak Covid-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mereka bakal memberikan bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan semalam.

Sejurus pengumuman tersebut dilakukan, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib turut memuat naik komennya di Facebook berikutan bantuan kewangan yang bakal diberikan.

5 jenis golongan bakal terima bantuan



Sekadar gambar hiasan

GOLONGAN 1: Pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji:

– Bantuan kewangan sebanyak RM600 setiap pekerja setiap bulan untuk tempoh maksimum 6 bulan.
– Layak untuk pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.
– Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

GOLONGAN 2: B40 yang layak menerima BR1M/BSH

– bayaran sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020 diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020.
– bayaran tambahan RM100 pada bulan Mei 2020

GOLONGAN 3: Pengguna elektrik

– Diskaun 15% bil elektrik untuk sektor pelancongan dari 1 April hingga 30 September 2020.
– Diskaun 2% bil elektrik untuk sektor lain termasuk pengguna domestik dari 1 April hingga 30 September 2020.

GOLONGAN 4: Kontraktor kerajaan

– Projek-projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam PRE2020 oleh PM7 akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.
– proses pemberian kontrak akan dipercepatkan

GOLONGAN 5: Pelanggan TEKUN, Bank Rakyat dan SME Bank

– Pelanggan tiga dibenar tangguh bayaran pembiayaan selama enam bulan.
– SME Bank tawar dana pinjaman khas RM1 bilion dengan kadar faedah rendah 3.75% kepada semua SME.


Komen Datuk Seri Najib



1. Peniaga-peniaga kecil serta pemandu e-hailing/Teksi yang terpaksa hentikan perniagaan mereka untuk tempoh 2 minggu di bawah perintah kawalan pergerakan tidak mendapat bantuan. Golongan ini patut dibantu juga.

2. Diskaun 2% untuk semua pengguna termasuk golongan T20 tidak memberi manfaat besar kepada golongan paling terjejas. Patut dikaji semula untuk batalkan diskaun 2% kepada pengguna dengan bil melebihi RM400 sebulan dan memberi kadar diskaun yang lebih besar kepada golongan dengan bil di bawah RM400 sebulan. Memandangkan kos bahanapi arang, gas dan minyak sudah jatuh ke paras yang sangat rendah sejak akihr tahun lepas, kerajaan PN patut mengira semula tarif asas elektrik di bawah formula ICPT (yang biasanya hanya dikira semula pada 1 Jan dan 1 Julai setiap tahun) bagi menurunkan tarif elektrik untuk semua seperti apa yang pernah dibuat oleh kerajaan BN dahulu pada 1 Mac 2015 apabila kos bahanapi juga menurun.

3. Melaksanakan harga lantai (floor price) untuk RON95 dan diesel pada kadar RM1.50 satu liter (seperti idaman PH) ataupun pada kadar RM1.80. Peniaga-peniaga tidak akan mengurangkan harga barang pada masa harga minyak jatuh begitu ketara tetapi akan menaikkan harga barang apabila harga minyak naik semula. Golongan yang mendapat manfaat paling besar dari harga minyak rendah adalah golongan yang berkemampuan. Segala cukai tambahan yang dikutip apabila kos sebenar minyak dan diesel jatuh ke bawah harga lantai boleh diagihkan untuk bantuan golongan B40 dan peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat Covid.

4. BNM patut menggalakan semua bank untuk memberi pilihan kepada semua peminjam untuk tawarkan bayaran pembiayaan untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan seperti tempoh 6 bulan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, SME Bank dan TEKUN. BNM boleh tawarkan dana pinjaman khas pada kadar faedah paling rendah kepada bank-bank swasta tersebut sebagai gantirugi akibat tangguhan pembiayaan bulanan. BNM juga patut mengecualikan bank-bank untuk mengira kesan dari penangguhan bayaran ansuran ini dalam pengiraan Non-Performing loan.

5. KWSP patut menimbangkan bagi memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian dari baki akaun 2 simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang. Sebagai ganti rugi dan juga untuk memulihkan simpanan usia tua pencarum yang telah terjejas, kerajaan PN patut memberi peluang kepada KWSP untuk mendapat projek-projek khas yang memberi pulangan besar seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan BN masa saya PM dengan projek Battersea, projek Kwasa Damansara dan pampasan tahunan kepada PLUS.

6. Khazanah di bawah kerajaan PH dahulu telah banyak menjual aset. Kerajaan PN patut mengambil sekurang-kurangnya RM5 bilion dari Khazanah untuk digunakan untuk membayar BR1M tambahan khas bagi tahun 2020 ini.

Adalah tidak masuk akal bahawa kerajaan BN dahulu mampu bayar BR1M sebanyak RM2,000 untuk keluarga dan BR1M bujang RM600 seperti dijanji untuk tahun 2018 masa tiada Covid tetapi kerajaan hari ini hanya bayar RM1,200 keluarga (dan tiada apa-apa untuk bujang di bawah umur 40 tahun) bagi tahun ini pada masa ancaman wabak Covid yang amat besar ini. Bayaran BR1M yang lebih besar tahun ini juga boleh membantu peniaga-peniaga kecil dan ekonomi luar bandar yang turut terjejas. (Bulan lepas, Hong Kong membayar BR1M HK$10,000 (RM5,600) kepada setiap warga mereka dalam pakej rangsangan Covid mereka).

Sumber: Najib Razak

Post a Comment

1 Comments

  1. Minta kerajaan kaji balik acc 2,ni pakat cakap aja tak fikir org yg acc 2 dh habus guna untuk beli rumah, dulu boleh la harga rumah rendah,sekarang biasa aja pon kos rendah 1k sebulan kena bayar.. Pikir dulu

    ReplyDelete