Adik Neelofa Say "No, Thank You" Buat Lelaki Kelantan


Di antara adik-beradik Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini menerusi rancangan MeleTOP, Ameera menunjukkan bakatnya memasak nasi goreng dan perlu membeli bahan di pasar seorang diri.

Namun apa yang menjadi perhatian dalam rakaman tersebut adalah jawapan oleh Ameera apabila ditanya soalan berkaitan negeri asal bakal suaminya. Meskipun berasal dari Kelantan, Ameera menolak jika bakal suaminya berasal dari negeri yang sama.

“You rasa bakal suami you orang Kelantan juga ke? No, thank you”



Sedutan video jawapan mengenai bakal suaminya itu tular di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rupanya ramai juga wanita diluar sana yang tidak mahukan suami dari Kelantan.



Malah, ada juga netizen lelaki dari Kelantan mengatakan mereka juga tidak mahu berkahwin dengan wanita Kelantan kerana tidak gemarkan wanita bercakap dialek bahasa Kelantan.

Tidak kurang juga ada netizen turut berkongsikan cerita dimana rakannya sangat tidak sukakan orang Kelantan, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang Kelantan. Apa pun, setiap daripada kita mempunyai citarasa masing-masing dalam memilih soal jodoh atau pasangan.

Sumber: Rotikaya

Post a Comment

2 Comments

  1. bersuami atau beristeri orang kelantan atau tidak bukan penentuan kita, bukan penetapan dari kita, ianya ketentuan, ketetapan dan perancangan dari Allah SWT. Jangan terlalu yakin dgn jawaban serta ulasan kita terhadap perkara2 jodoh kerana jodoh pertemuan itu di tangan Allah SWT bukan di tangan makhluk Kot-kot nanti tertelan ludah sendiri. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete