Cara Mendaftar Akaun ASB Secara Online 2024 ~ Tidak Perlu Beratur

Pendaftaran akaun ASB kini sudah boleh dilakukan secara atas talian(online). Ramai sebelum ini menangguhkan hasrat untuk mendaftar apabila terfikir perlu ke cawangan semata-mata untuk mendaftar.

Namun, dengan inisiatif pihak ASNB ini akan memudahkan orang ramai mendaftar di mana - mana sahaja dengan hanya menggunakan telefon pintar dan internet masing-masing. 


Apakah Maksud ASB & ASNB?

ASB ialah Amanah Saham Bumiputera. Merupakan satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. 

ASNB pula ialah Amanah Saham Nasional Berhad iaitu anak syarikat daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bagi yang masih baharu dalam dunia pelaburan, ASB adalah platform yang baik kerana risikonya yang rendah dan sesuai menjadi tempat simpanan kecemasan.

Cara Buka Akaun ASB Secara Online

Imej: Pengumuman Aplikasi mudah alih myASNB

Untuk mendaftar akaun ASB secara online adalah menggunakan aplikasi myASNB.

Aplikasi myASNB

  • myASNB ialah sebuah portal dan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak ASNB untuk pelabur menguruskan pelaburan mereka secara online.
  • Portal dan aplikasi ini juga digunakan untuk membuka akaun ASB pertama kali.

Mendaftar Akaun ASB / Pendaftaran ASNB di myASNB

Berikut merupakan langkah mendaftar:

Imej: Muat Turun (Download) Aplikasi myASNB

Muat turun (download) aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store.

Langkah Mendaftar

Selesai memuat turun aplikasi, buka aplikasi dan daftar akaun.

Imej 1: Klik Buka Akaun 

Imej 2: Masukkan No Telefon

Imej 3: Sahkan No Telefon

Imej 4: Masukkan alamat emel

Imej 5: Masukkan ID Pengguna

Imej 5: Tetapkan Kata Laluan

Imej 5: Pilih dan jawab soalan keselamatan

Imej 6: Tetapkan Frasa Keselamatan

Imej 7: Pilih imej keselamatan

Video Pendaftaran Akaun myASNB

Video: Pendaftaran Akaun di myASNB  (Sumber: Youtube ASNBmy, 2021)

Maklumat Lanjut Tentang Akaun ASB

Kunjungi laman rasmi ASNB untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan tentang ASB dan juga ASNB. 

Portal ini juga akan terus membawakan info-info terkini yang diumumkan ASNB dari semasa ke semasa.

Semoga artikel ini bermanfaat.

SALAMKERJAYA.COM


Post a Comment

0 Comments