Elak Ditipu! Ini Taktik Terbaru Scammer Pelaburan Di Telegram


Golongan scammer kini menggunakan medium Telegram untuk mencari mangsa scam yang baharu. Dengan cara mempromosi pelaburan yang kononnya boleh meraih untung tinggi sebagai umpan. Bagaimana mereka lakukan?


Taktik 'Scam' Pelaburan Telegram

Group Telegram

Mangsa akan dimasukkan ke dalam group Telegram pelaburan. Kemudian, beberapa orang (ahli) di dalam group tersebut akan bercerita tentang pelaburan dan keuntungan yang diterima selepas melabur.

Menurut Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah), sebahagian ahli kumpulan group tersebut juga merupakan scammer yang berpura-pura untuk melabur. Ini bertujuan meyakinkan anda bahawa mereka sama seperti anda atau orang biasa, juga boleh mendapat keuntungan besar dari pelaburan tersebut. 

Sebagai contoh, ada 10 orang di dalam group, mereka akan secara langsung bercerita tentang hasil pelaburan, kepilkan beberapa gambar/video sebagai bukti untuk menaikkan lagi keyakinan anda bahawa ini adalah pelaburan yang benar sedangkan tidak.

Gambar: Mereka menyamar sebagai orang awam untuk menjalankan taktik ini.

Kes Ditipu Pelaburan Telegram

Individu berusia antara 31 hingga 40 tahun adalah yang paling ramai terkena skim pelaburan yang tidak wujud iaitu seramai 1359 mangsa dengan jumlah RM69.2 juta. Namun kerugian tertinggi dicatatkan mereka berumur 51-60 tahun iaitu sebanyak RM141.8 juta.

Pada tahun lalu, kumpulan termuda iaitu antara 15-20 tahun turut menjadi mangsa dengan kerugian RM3.3 juta diikuti usia 21 -30 tahun seramai 996 orang dengan jumlah RM32.5 juta. 

Seramai 1,138 mangsa daripada usia 41-50 tahun (rm88 juta) dan 737 orang berusia lebih 61 tahun (RM135.5 juta).

Cara Elak Terkena 'Scam' Pelaburan Telegram

1. Jangan melabur dengan pelaburan Telegram

Jika termasuk di dalam group-group pelaburan, segera lah untuk keluar/left daripada group terbabit. Ada beberapa ayat atau keyword yang boleh dikesan sebagai scammer.
  • Peluang Keuntungan 99%!
  • Tiada Sebarang Risiko Pelaburan!
  • Proses Pengeluaran Keuntungan 3 hingga 4 jam sahaja!
Dari ayat ini pun kita sudah tahu mereka cuba nak scam. Tiada pelaburan bebas risiko atau untung pelaburan diperoleh dengan cepat. Dari sini pun kita sudah boleh fikir dan curiga.

2. Tetapkan Privacy Profile di Telegram

a. Privacy Profile
Tekan pada 'settings'

Pilih 'Privacy and Security'

Pilih 'Groups & Channels'

Tukarkan kepada 'Nobody' untuk menjaga privacy
Ini penting untuk mengelakkan anda termasuk ke dalam group scammer atau penipuan yang boleh merugikan.

b. Two-Step Verification

Pergi semula 'Privacy and Security'

Pilih Two-Step Verification kemudian hidupkan atau 'on'. 
Langkah ini penting untuk menjaga akaun anda daripada digodam atau diambil alih oleh orang lain.

Harapnya artikel ini membantu untuk mengelak dari terkena scam atau tertipu.

SALAMKERJAYA.COM





Post a Comment

0 Comments