MGID ads

RASMI : Bantuan Laptop Percuma Untuk Golongan B40 Tahun 2024


Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Komputer Riba Percuma kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan ini: 

Bantuan Laptop Percuma

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Komputer Riba Kepada Mahasiswa bagui tahun 2024.

Bantuan ini diberikan kepada mahasiswa dalam kategori asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun);
  • Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah;
  • Pengajian sepenuh masa sahaja;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
  • Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak; dan
  • Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak universiti.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi MAIWP atau boleh mendapatkan terus di pejabat-pejabat berikut:

  • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur:
  • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
  • MAIWP Cawangan WP Labuan.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Baca Juga:

Permohonan bantuan ini dibuka dari 15 Disember 2023 sehingga 31 Januari 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi MAIWP – DI SINI .

Post a Comment

0 Comments