TERKINI : Pemimpin BN & PH Mula Hadir Di Seri Pacific




Desas-desus kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di Hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi esok.

Pengamal media mula memenuhi Hotel Seri Pacific ini dan melihat kehadiran pemimpin tertinggi PH dan BN seperti YB Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution dan Dato Ahmad Maslan.

Belum Ada Kerajaan Rasmi... 

Selepas hampir 48 jam berakhirnya PRU15, belum ada mana-mana parti yang mampu membentuk kerajaan secara sendiri ekoran situasi parlimen tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH menjadi parti yang memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada PRU ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

GPS Sedia Menyokong Gabungan PN dan BN...

Petang tadi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan kesediaan mereka untuk menyokong kerajaan pusat yang menggabungkan PN dan BN.

Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan itu.

Ahmad Zahid mengingatkan semua ahli parlimen BN yang menang PRU15 telah menandatangani akujanji pilihan raya.

Menurutnya aku janji itu memberi mandat kepadanya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Katanya, mana-mana ahli parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi parlimen, selaras dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Bilangan Ahli Parlimen Sudah Diselesaikan PH...

Anwar pula berkata dia juga gembira kerana isu mencukupkan bilangan ahli parlimen bagi membentuk kerajaan sudah diselesaikan oleh PH.

“Dengan tahap sokongan yang diterima, saya yakin akan diberikan peluang untuk memimpin negara ini,” katanya dalam temu bual yang disiarkan Astro Awani.

Yang di-Pertuan Agong memberi tempoh sehingga jam 2 petang esok untuk pemimpin utama parti yang terlibat dalam PRU membuktikan mereka mempunyai majoriti di Dewan Rakyat sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Post a Comment

0 Comments