TERKINI : PM Umum Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran BKM Fasa 2




Tahukah anda bahawa Jadual Pembayaran bagi BKM 2022 telah pun dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Di mana ianya terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022.

Berikut adalah info ringkas mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia.

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022

Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini terbahagi kepada 4 fasa pembayaran. Berikut adalah maklumat & jadual :

Fasa 1
  • 28 Mac 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2
  • 27 Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3
  • Bulan September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4
  • Bulan Disember 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

KADAR BAYARAN BANTUAN BKM 2022

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan


TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran BKM Fasa 2 akan mula disalurkan bermula pada 27 Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

CARA PERMOHONAN

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

SEMAKAN STATUS BKM 2022

Bagi mereka yang ingin melakukan semakan status permohonan BKM Fasa 1 mereka, boleh klik DI SINI

TEMPOH SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BKM 2022

Untuk makluman anda, tempoh bagi semakan status & kemaskini atau permohonan baharu BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan).

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan Pembayaran & Soalan Lazim BKM anda boleh rujuk DI SINI

Post a Comment

0 Comments