Cara Daftar Akaun KWSP Anak & Terima RM250 Insentif Kewangan Dari Kerajaan!




Tahukah anda bahawa anak yang berumur 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)?

Pendaftaran akaun KWSP untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam Simpanan Syariah dan ianya bertujuan untuk simpanan jangka masa panjang.

Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun.

KELEBIHAN BUKA AKAUN KWSP UNTUK ANAK

Walaupun anak masih belajar, antara kelebihan membuka akaun KWSP untuk anak ialah:
  • Simpanan jangka panjang anak-anak
  • Terima insentif tambahan oleh kerajaan maksimum RM250 setahun (15% daripada jumlah simpanan)
  • Menabung pada usia muda
  • Dapatkan dividen patuh Syariah setiap tahun
  • Caruman tidak perlu dibuat secara bulanan
  • Sebagai ahli KWSP, anda juga akan menerima khairat kematian sebanyak RM2500


INSENTIF RM250 SETAHUN

Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan KWSP.

Contohnya, jika anak mencarum RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan menambah RM250 (maksimum) sebagai insentif, di bawah insentif skim i-Saraan.

Caruman ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN. Pembayaran sumbangan i-Saraan boleh dibuat secara dalam talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa. Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan untuk memindahkan wang ke akaun.


CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS

Pendaftaran akaun KWSP untuk kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas boleh dilakukan dengan mudah di kiosk KWSP tanpa perlu ke kaunter.

Berikut adalah panduan untuk mendaftar akaun KWSP untuk anak:
  • Daftar sebagai ahli KWSP (perlu kad pengenalan dan cap jari anak anda) di kiosk di mana-mana cawangan.
  • Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan bertukar terus kepada simpanan Syariah.
  • Pada kebiasaannya akan ada pegawai yang tolong buat di komputer dekat sana.
  • Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah.
  • Dah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela), mereka akan bantu terus.

Info lanjut KLIK SINI

Senang je kan? Jom permudahkan urusan anak-anak nanti dengan membuat simpanan di usia muda melalui pendaftaran akaun KWSP! Tidak rugi, malah anak anda akan menggandakan keuntungan pada usia persaraan nanti.

Post a Comment

0 Comments