MGID ads

TERKINI : Kerajaan Umum Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari Untuk Rakyat Malaysia Bermula April 2022

Umum mengetahui bahawa selain daripada Bantuan Khas Pengurusan Kematian RM5,000 kepada pihak waris, NADMA juga ada menyediakan Bantuan Khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19. Jika anda dikuarantin, anda boleh melakukan permohonan sekarang dan tuntut bantuan daripada pihak NADMA. 

Semua permohonan yang layak dan lengkap adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh pihak NADMA. 

Sila ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara melakukan permohonan Bantuan Khas Kuarantin NADMA. 


KADAR BANTUAN

Bantuan khas akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

  • RM100 sehari. 
  • Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum).
  • Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan memohon Bantuan Khas Kuarantin RM100 sehari NADMA:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.
  • Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan Covid-19.
Permohonan yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:
  • Bukan warganegara Malaysia.
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian. 
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.

SYARAT TERKINI

Berikut adalah tambahan syarat yang dikemaskini oleh pihak NADMA:

  • Hanya mereka yang dikuarantin dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  • Kuarantin / rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
  • Tarikh akhir pemohonan perlu sampai ke NADMA sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan yang dilakukan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A (dokumen asal).
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan diakui sah)
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawasan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah)

CARA MEMOHON

Bagi individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA, anda boleh melakukan permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun (download) di bawah ini: 

Permohonan yang lengkap mestilah dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

Ketua Pengarah,
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.

Sila download borang permohonan di bawah: 
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dilakukan di laman berikut: 
  • klik DI SINI
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak NADMA melalui email rasmi iaitu bkcovid19@nadma.gov.my

Post a Comment

0 Comments