TERKINI : Cara Permohonan Rayuan BKM Fasa 1




Untuk pengetahuan anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang telah diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan serta membantu golongan B40.

Berikut kami kongsikan kepada anda cara memohon rayuan BKM 2022.

PEMBAYARAN FASA 1 BKM

Untuk makluman, bagi pembayaran BKM Fasa 1 terdapat seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:
  • 4.0 juta isi rumah
  • 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
  • 3.4 juta individu bujang

GOLONGAN YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Golongan yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 ini adalah:

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau

ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

BILAKAH PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 BERMULA?

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
  • Secara dalam talian - mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
  • Secara borang kertas - mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat dengan mengikuti kaedah seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat layari boleh layari bkm.hasil.gov.my

Post a Comment

0 Comments