Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000





Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri berkaitan pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:
  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan bermula 1 April - 30 April 2022
  • Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses





CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).



SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
  • Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

KAEDAH PEMBAYARAN & AMAUN PENGELUARAN

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun pengeluaran:
  • Minimum: RM50
  • Maksimum: RM10,000
  • Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
  • Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
  • Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

PERSEDIAAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki. Sila pastikan:
  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments