KKM Kuatkuasa Denda RM100K Jika Pakai 'Facemask' Tiada Cop SIRIM




BERKUATKUASA 4 JULAI 2022- PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN PERLU PENANDAAN MS SIRIM

Info terkini buat seluruh rakyat Malaysia, bermula 4 Julai 2022 kerajaan akan menguatkuasakan tindakan terhadap penggunaan pelitup muka yang tidak memiliki cop SIRIM.

Pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP.

CONTOH PELITUP MUKA ADA COP SIRIM



Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah diliha oleh pengguna yang menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ini telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April 2022.

Menurut info dari BERNAMA, jika undang-undang ini gagal dipatuhi, individu atau syarikat boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

SYARIKAT:


Denda tidak melebihi RM200,000

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000

INDIVIDU


Denda tidak melebihi RM100,000 / dipenjara tidak melebihi 3 tahun penjara / kedua-duanya

Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya

APA ITU COP SIRIM


SIRIM adalah sebuah syarikat organisasi penyelidikan dan teknologi yang melaksanakan penyelidikan berdasarkan kepada tiga teras iaitu tenaga dan alam sekitar, teknologi perubatan, serta loji dan mesin.

SIRIM juga merupakan badan peneraju utama di malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian setanding dengan amalan antarabangsa.

Produk yang mendapat pensijilan daripada SIRIM lebih selamat terutama barangan elektrik kerana dapat mengelak daripada pengguna membeli barangan yang tidak selamat.

Barangan yang mempunyai label SIRIM atau tanda pensijilan SIRIM memberi jaminan kepada pengguna bahwa produk yang disahkan telah mematuhi standard yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT


Post a Comment

0 Comments